Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

Monday, March 14, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
Alamak kenapa tiba-tiba tajuk entry aku penuh dengan peribahasa pula ni? Mungkin aku terlambat berbanding blogger-blogger lain yang telah menyiarkan kisah berkenaan ilustrasi kartun yang mana Ultraman telah di kejar oleh Tsunami di sebuah akhbar terkemuka Tanah air. Tak perlu aku nak cakap banyak-banyak korang teruskan bacaan luahan hempedu hati aku. JOM!!kerana gambar sekeping, habis tercalar maruah sebuah negara..

Ilustrasi kartun karya nama pena Zoy telah mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia. Sebagai seorang manusia sememangnya benda seperti ni tak bolehlah jadi bahan gurauan. Bukan saja lukisan dan ilustrasi tu menjadi bahan amarah rakyat Malaysia malah rakyat di negara jiran kita turut mengamok. Buktinya korang boleh baca komen-komen mereka kat sini.

Aku bukan nak mengapi-apikan dua buah negara tetapi benda seperti inilah yang mungkin menjadi bahan makian dan kutukan rakyat negara asing kepada negara kita. Mereka yang tidak positif akan mengambil kesempatan untuk membuka satu punca masalah agar hubungan Malaysia dengan negara-negara jiran menjadi tegang. Ini aku petik beberapa komen mereka yg cukup panas..

dasar malingsia pembuat malu, pindahian aja gas radioaktifnya ke malaysia....
dasar malingsia
ya begitulah namanya malaysia...tak punya hati...arogan...semoga tuhan mengampuni....
waah..parah banget tuh orang, bukanya prihatin malah ngeledek. gk punya hati tuh katunisnya. yang kurang ajar lg,. kenapa kartun seperti itu bisa diterbitkan.......... mungkin nanti upin ipin yang dikejar.......
Terlihat jelas watak asli para malay.. Semoga Allah berikan hal yg sama, agar kalian mengerti..
dasarr malaysiaaaa,,, belum kena azab doi,.... makanya ngomong ngejeplakk ajaaa.... kok bisa bisanya bikin kartun kaya gitu.. herannnnnnnnnn
Malaysia orang2nya sudah sombong, harta dunia serasa segala-galanya.. lupa daratan, lupa Tuhan. mentang2 sudah makmur.. biar Tuhan yang balas apa pikiran kalian. Saya tidak mendoakan, karma kita bawa sendiri-sendiri ya


ada banyak lagi yang panas. Urmmm aku bukan nak salahkan ilustrasi tu saja, tapi editor, dan sapa-sapa saja yang terlibat dalam penerbitan itu. Pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan agar kejadian seperti ini tidak akan dijadikan oleh pihak tertentu sebagai satu kesempatan memporak perandakan keharmonian negara apa lagi kalau membabitkan hubungan dua negara.

Lagi memalukan apa bila CNN iReport pun turut memberikan respon mereka di sini.


Ini yang CNN iReport tu laporkan
Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.

Jadi, Benda dah berlaku, Akhbar 'hebat' tu pun dah minta maaf. Tapi aku harap jangan nak minta maaf jer kat rakyat kita, tapi kat seluruh dunia, kalau boleh hantar surat mohon maaf kat Jepun tu. Biar satu dunia taw yang korang (akhbar) tak sengaja dan tak berniat pun dan betol-betol nak mohon maaf..

aku kata : tak dak manusia yang sempurna..korang baca lah komen-komen rakyat antarabangsa kat mana-mana..korang akan turut rasa segan nak berdepan dengan masyarakat antarabangsa..

4 comments

March 15, 2011 at 1:35 AM

ish3..x baik tw bt lawak psl bnda yg tragis nie.. T-T

March 15, 2011 at 6:27 AM

@wanne89_bomber tu la..tapi bak kata orang, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata...?

March 15, 2011 at 7:01 AM

aiyshhh..kin malu btul owhh..abis la ni kana sumpah2 sudah ngra kta...wuwuwuwu

March 15, 2011 at 8:21 AM

@~NieZa~ Yup setuju owh nija..mmg memalukan bha..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...