Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[Kembara] 30 Hari menjadi guru Praktikum (Ep. 3)

Wednesday, March 23, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
HAri ke-3 menjadi guru praktikum. Fuhh hari ni rasanya adalah hari paling penat aku selama 3 hari ni. BETUL aku cakap ni, menjadi guru bukan keja yang senang dan mudah. Bagi aku, tidak hairanlah ramai guru-guru yang tak tahan serender dengan profesion ni. Aku tabik spring lah dengan guru-guru Malaysia yang ada sekarang ni sebab masih bertahan. Tugas guru bukan semudah mengajar ABC,123 di dalam kelas, malah banyak lagi keja-keja pengkeranian yang mereka kena tanggung.

Hari ke-3 hari ni, aku tidak mengajar dan tidak pula ada perkara yang menarik berlaku. Melainkan aku nak cerita dua kisah mengenai dua orang budak yang berbeza bagi aku. Seorang murid pompuan tahun 1. Seorang lagi murid lelaki tahun 5.

Kita pegi kisah budak pompuan ni dulu. Dia ni jenis yang banyak cakap. Seyes tadi masa aku relif masuk kelas budak ni, dari mula aku bagi keja sampai aku pungut balik keja dorang, budak ni tak pandai nak berhenti bertanya kepada aku. Macam-macamlah yang dia tanya. Aduh yang boringnya aku menjawab. Kang aku tak jawab merajok pla. Aduh mati kutu aku dibuatnya...Paling aku tak lupa dia tanya aku.."cikgu nak mengorat aku ka?"..what the fish...nasib baik muka comel kalau tidak, aku muntah depan budak ni kali hahaha..tak da lah, dia begurau jer tu..ahahah tp seyes dia ni jenis yang hyper dan comel

Budak kedua yang aku kenali hari ni seorang murid tahun 5. Bagi aku budak ni jenis imiginasi tahap infiniti. kira level yang paling top punya imiginasi budak ni. Paling manang la bagi aku. Tadi masa Gerko Pengakap, aku join lah dengan perjumpaan tu. Masa cikgu penasihat tu bagi ucapan dan arahan, boleh-boleh budak main sorang-soran, cakap sorang-sorang, buat efek bunyi yang hebat-hebat. Semua membiarkan saja budak ni. Aku pula perati jak budak ni. Memang imiginasi tahap gaban, dia main perang-perang tu. Masa buat amali, dia tak buat, dia leka main perang-perang lagi sorang-sorang. Dari perang Napoleon membawa ke perang Hitler sampailah ke Perang Vietnam dia cerita sorang-sorang. AKu tanya budak yang lain, dorang cakap dia memang tak becakap dengan orang lain. Jadi aku pegilah dekat-dekat kunun maw ajak sembang.

" sapa nama kau?"...dia tak jawab. Dia pandang aku, kemudian terus main.
" Siapa nama kau? "..masih lagi engage..
Aku sentuh dia. cakap dengan paaaaaalLLing lembut. "Siapa nama Kau?" dia pandang aku, kemduian senyum, "Fandi" dia jawab pendek. OK dia dah becakap. Aku teruskan usaha.

"Fandi kenapa tak buat amalai. Tengok kawan-kawan yang lain, dorang buat. Fandi kena buat juga ya.." perghhhhhh punya lembut aku becakap macam p mengorat pompuan pla hahaha..

Dia geleng kepla. Dia cakap tak minat. Urmmm aku diam seketika, aku bagi dia tali kemudian aku cakap.

"Mari biar cikgu tolong fandi yer.. cikgu ajar fandi buat..maw?"
Dia anggukkan kepala...Yes..kemudian dengan hanya dua kali tunjuk cara, dia dah berjaya buat dengan sekali percubaan. Perghhhh memang terror la budak ni. siasat punya siasat, budak ni tak minat belajar kecuali dengan mata pelajaran sains. Dia pandai melukis katun yang zaman 30an, bila di tanya mana dia taw ni katun. Dia jawab "GOOGLE"..aku terlopong. Satu lagi budak ni, dia tak fasih berbahasa Melayu sangat, tapi kalau spiking..dia memang terror. Dia siap boleh menyanyi lagi taw lagu-lagu owrang putey..esok aku kena ajar kelas dia..tak taw mcm mana lah gaya dia belajar PJ..

Penat dan mengantuk. Aku maw tido, korang pun tido la, jangan tido lewat sanga tyer..heheh korang tunggu esok lagi ar..

2 comments

March 27, 2011 at 5:24 PM

mana sdh yg esok punya vid???
ttnggl d draf ka???hahaha
adehh..nsib ak xda murid mcm ko..
murid2 ak bla ak tnya, paham??..smua paham..skali sruh bt krja..dckp pula mna da cikgu kasi tau..hambuiiiiiiiiiiiiii bkin jiwa meroyon saja ~.~

March 27, 2011 at 5:24 PM

p/s bkn murid mcm ko...murid mcm murid ko..hahaha :P

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...