Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[Kembara] 30 Hari menjadi guru Praktikum (Ep. 2)

Tuesday, March 22, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
Kembara 30 hari menjadi guru praktikum aku teruskan dengan perjuangan aku di hari ke-2 di sekolah SK Puun Tunoh. Hari kedua, bukan seperti hari pertama, rekod kehadiran jatuh menjunam dari hadir pada pukul 6.20 pagi ke 6.46 pagi dihari kedua. Nampak sangat yang aku dan kawan-kawan aku dah mula tunjuk kepala hahahah. Tak da lah, kami dah kira awal tu sebab bila sampai pagi tadi, bilik guru pun belum bukan lagi. Masih bermangga.

Loceng berbunyi, lepak kejap di bilik guru. Tiba-tiba baru teringat yang pagi ni aku dah mula masuk kelas. Tengok jam di dinding. ALAMAK!!! aku dah lewar 12 minit masuk ke kelas. Apa lagi, hormon adrenalin aku mula dirembeskan yang menankan aku berada dalam situasi cemas. Sampai depan pintu kelas tahun 2 Wira, 'rakyat'nya terus bergegas kembali ke tempat masing-masing. Bersedia menerima kehadiran aku. Hati aku berdegup-degup kencang, disebabkan nebes dan penat sebab berlari tadi hahahahah.

Semua berjalan lancar saja di kelas ni. Tiada masalah yang timbul. Yang bermasalah adalah aku, sebab aku ambik masa cikgu lain hahahahah nasib baik tak kena sound. Aku berkenalan dengan budak-budak tu. 1st Impression aku, aku rasa dah ok. Tak ganaz, tak juga lembut. OK la tu. Kalau ganaz sangat nanti budak tak suka dan takut. Kalau lembut pla budak naik kepala sambil pijak-pijak.

OK lepas dari kelas 2 Wira aku pegi pla masuk kelas 2 Juara, jiran sebelah jew. Aku masuk dengan langkah kiri agaknya. Budak-budak menerima kehadiran aku dengan penuh rasa gembira. Tersangat gembira sehingga aku terpaksa mendiamkan diri untuk 7 minit agaknya memerhatikan kegilaan budak-budak ni. Aku tenung sorang-sorang budak tu dengan pandangan yang cukup tajam menusuk jiwa. Kelas ni mungkin aku akan cerita lebih sikit. Bagi aku kelas ni cukup menarik. Bervariasi sungguh.

Kelas ni ada lebih kurang 3 orang pasangan kembar. 2 pasangan seiras dan sepasang tak seiras. Dalam kelas ni juga aku rasa aku akan menghadapi ujian sebenar sebab dalam kelas ni terdapatnya seorang OKU. Alamak!! kalau korang la kan yang baca ni, apa korang punya idea untuk aktiviti yang boleh melibatkan semua kelas tanpa mengabaikan budak OKU ni..? Satu lagi masalah yang aku hadapi dalam kelas ni ialah kelas ni ada lebih kurang 4-7 orang yang hyperaktif dibuat-buat. Aku dah cukup garang masuk kelas ni tak makan juga dengan budak-budak ni. Dorang tak dalah sampai melawan tapi aktif lembu gila. Sekejap terbang ke sana, kejap lompat sini, kejap lagi lari sana, kejap lagi hilang entah ke mana. Aku tak tahan, dengan suara yang lembut tapi keras, aku warning 4 orang yang aku rasa kepala kelas ni. Salah seorang adalah budak OKU tu. Aku warning cukup-cukup siap ugut gantung di kipas lagi. Perghh garang beb. Sekali lagi aku lambat keluar dari kelas, kira aku makan jalan lagi adusss.. aku perlukan jam nampak gayanya..

Lepas dari kedua-dua kelas tadi aku bebas. Aku lepak di bilik guru. Mata berat. Last-last aku ingat aku dah mimpi hahahah. Aku tido atas meja guru lain. Nasib baik cikgu tu tak marah. Kalau dia kaki bodek Guru besar mesti dia dah repot dengan GB..heheh aku bangun dari tido, aku sapu mata, aku lap air liur basi. Cek-cek mana taw ada yang mengalir. OK clear..heheh. Aku sembang dengan cikgu yang ada kat dalam bilik guru tu. SUPERB mesra. Aku bagi 9.5 daripada 10, rating utk kemesraan guru-guru ni. Aku sembang sampai aku tak ingat nak pulang hahaha..

OK esok aku ada GERKO. Tak taw mcm mana maw handle gerko esok. Harap-harap tak da lah budak yang buat masalah untuk aku. OK Korang baca lagi esok yer. hehehe thanx sbb sudi baca hari kedua praktikum aku heheheh

2 comments

March 23, 2011 at 6:03 AM

apa pasal hari kedua kita pun sma!
klas ak dpat pn sngsara juga
smpai ak ugut gntung dikipas..haha
siap ditanya lg..
cikgu2, mcm mna la murid yg ckgu gntung 2. dia nda pening?
tsnyum juga aku..hahaha

Anonymous
May 2, 2011 at 2:19 AM

Saya dulu pernah sekolah di sk puun tunoh darjah 6 tahun 2003..
sabar ja lah sama budak kecill..hehehehe...
please add me..
my facebook: James Orlando mogie (James Parante)

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...