Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Merong Mahawangsa VS Mereng MahaWasaber

Monday, March 14, 2011 13 ,000,000 terlepas cakap
Semalam a.k.a kelmarin la kan, aku p sana 1B setelah mendapat pelepasan dari si 'dia' hahaha. Biasalah aku ni jarang jalan sorang-sorang atau dengan orang lain. Aku pegi sana dengan seorang lagi rakan blogger OK kami pegi ke sana ada dua matlamat.

1. Nak tengok Hikayat Dukun Vizard Merong Mahawangsa.
2. Nak jumpa face 2 face dengan wasaber yang lain. Boring dah tengok gambar gedik sorang-sorang kat facebook, so nak juga nampak kegedikan dorang ni depan-depan hahahah

Setelah mengharungi badai dan ombak maka kami pun sampailah ke 1B dengan penuh keyakinan. Dipendekkan cerita maka bertemula kami dengan wasaber yang lain. Hati berdebar beb, macam nak nikah jak rasanya. Pertama sekali kami pun berkenal-kenal lah, tp biasalah adat kalau petama kali bejumpa, malu-malu, segan-segan, senyum-senyum..ussseeyyy..


Dipendekkan cerita lagi maka kami pun tengok lah wayang tempatan karya anak tempatan dan pelakon yang mungkin campur-campur. Merong Mahawangsa. Ini kira review aku sebagai penonton tu.
1. Best sebab aksi lawan-lawan dia gilar, standard dengan wayang antarabangsa yang lain. Tak macam puteri gunung ledang dulu tu aksi biasa saja.

2. Shoot camera yang bagi aku pun ok, tak dak pusing-pusing masa lawan. Tak macam cerita Haq yang hampeh. Pening aku tengok macam nak muntah..

3. Aksi darah terpercik. Nampak macam real. Yes memang thrill gila.

4. Pemilihan hero dan pelakon yang agak sesuai hehhe (tapi kenapa jehan miskin tak da dialog ar?? hahahha asyik menjerit-jerit jak..)

5. Jalan cerita tentang Langkasuka, sebuah kerajaan melayu terawal di tanah melayu. Tak silap aku dekat utagha semenanjun. Dalam erti kata lain, aku terpaksa belajar sedikit sejarah masa tengok wayang ni hahah. Ok lah, tahu lah sudah aku sejarah melayu sikit.

6. Filem ini telah di edarkan di +70 buah negara di seluruh dunia termasuklah eropah, amerika, china dan lain-lain lagi. Tak kan filem tu teredar sampai macam tu sekali kalau movie dia hampeh..

next aku nak kongsi apa yang kawan aku yang dah tengok cakap sal filem ni.

1. CGI yang lebih kurang sama dengan Magika. Iya ka? aku rasa elok jak.
2. Ada scene lawan-lawan kat Goa tu, masa tu merong kena gari, lepas tu gari tu tak da, lepas tu ada balik..Eh! yang ni aku tak perasan pula..
3. Scene menara yang dijatuhkan oleh penjahat garuda. Aku ingatkan dah selamat semua penjahat tu sebab dorang dah melarikan diri, taw-taw lagi ramai pula yang kena tindih oleh menara tu. heheheh
4. Aku tak puas ati sebab tak kena ambik belakon. Kan ada watak dukun-dukun sama pawang-pawang tu, ceh nanti aku sentet tu dukun Taji, berani dia ambik alih tugas aku sebagai dukun..

Secara keseruhannya aku sememangnya puas ati dengan Filem ni. Inilah filem tempatan yang membuatkan aku betol-betol bangga. Nasihat aku bagi yang nak pegi tengok lah kan, jangan setkan minda korang bahawa filem ni macam transfarmer atau lanun di carrybean tak pun macam 300 spatuh atau filem hollywood yang lain. Tapi setlah minda korang bahawa ini adalah filem berani mati karya anak tempatan barulah korang akan rasa tak menyesal membelanjakan RM10 untuk tiket ni. Apa pun Tahniah untuk KRU brothers. Kalau dulu Tun Dr M yang promote Malaysia kat pentas antarabangsa, sekarang ni sudah ada rakyat yang cuba untuk melakukan benda yang sama.

Ni aku kongsikan gambar wajah-wajah yang telah tersenyum selepas keluar dari panggong kelmarin..


Lepas tu tiba lah masanya aku dan wasaber lain berpisah. sedey beb, sebak dalam hati..cehh~ apa pun happy bha aku jumpa dorang ni. Dah nampak dah ckit perangai sorang-sorang macam mana, yang paling penting semua berkongsi satu perangai.. SEMPOI dan SELAMBA serta RAMAH..kini aku bangga sebagai warga WSB..Thanx..

aku kata : elehh movie luar negara pun ada banyak jg yang haprak dan kelemahan dia..dorang pun manusia juga tak sempuarna..so jangan fikir filem dorang tu yang terbaik k?

13 comments

March 14, 2011 at 12:35 PM

Penuh dgn hasad dan dengki ku tinggalkn komen disni....

Aaaaarrrghhhh!!!

Ps: Sinsuran suda jual cd nya ka ni??

March 14, 2011 at 12:37 PM

@Finie Ramos ko takkan dapat DVD atau VCD dia ni finie..sbb tadi aku baca paper KRU studios tak mau pasarkan DVD dia dalam negara tapi kat luar negara terutama amerika. Tapi biasalah lanun akan buat apa saja yang penting nak untuk..ala ko tengok lah panggung..best taw..

March 14, 2011 at 12:49 PM

bleh donlod d internet.. ^_^

March 14, 2011 at 12:50 PM

Memang best~
Ndak sia2 kita tgk kan.. hehe~
Aku kadang2 sakit hati gak bila tgk dlm segelintir blog hanya tau kritik filem nie.. Cuba durank buat filem gini klu hanya tau kritik kan.. haha~ bagi aku memang kira power lah.. bukan senang mau buat..
Btw.. Nice to meet gang wasaber kmarin~

March 14, 2011 at 12:59 PM

@Finie Ramos adehhh hahaha tu jak lah jalan terbaek heheheh

March 14, 2011 at 1:00 PM

@Ask YUP setuju..aku pun pelik knp asal filem tempatan di mata dorunk mesti yang hampeh, buruk, bangang..kalau luar negara besar jak mata dorunk memuji..

Yes..aku pun heppy ni bu..heheh
1st time jumpa wasaber..

March 14, 2011 at 1:15 PM

hebat apa citer merong mahawangsa..nak tggu kluar panggung filem mereng mahawasaber plak....nggeeee~~~

March 14, 2011 at 1:44 PM

jeles gilak.

March 14, 2011 at 1:49 PM

@Nor Farah Ain Bte Helmi hehehe..ko tunggu jak..siap jg tu nnt..

@bell bebet heheh jgn jelous yew..

March 14, 2011 at 1:50 PM

terbaik! :)
rindu semua wasaber...:)

ui ui, aku kemsalam kawanmu kemarwn tu ya..ahaks.

March 14, 2011 at 3:10 PM

@Zurina J. hehehe..boleh bha..eh byi mcm berminat hahaha trus la bha aku ni pikir yg bukan2 heheh

March 14, 2011 at 6:07 PM

yeeaah!
bangga ku sma filem ni..
makin siok sbb tinguk sama kamu smua bha..
itulaaa pasal..
hihihih..

March 14, 2011 at 9:49 PM

@mr_mrs mikko eheheh tapi malu-malu ni hahahah lucu jg aku rasa..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...