Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

At.mosphere : Restorang paling tinggi di dunia

Monday, February 14, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
Dubai menempa sejarah lagi apabila mencatat rekod memiliki restoran tertinggi dunia yang beroperasi di Burj Khalifa, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Dinamakan “At.mosphere”, restoran itu terletak di aras 122 di binaan tertinggi yang pernah didirikan di atas muka bumi, yang menakluki ruang angkasa Dubai.



Pada ketinggian 442 meter, restoran itu terletak hanya dua aras di bawah dek tinjauan luar Burj Khalifa iaitu “At the Top”. At.mosphere boleh memuatkan 210 tetamu dan mempunyai ruang legar yang luas dan mewah, dewan makan utama, bilik makan persendirian dan ruang pameran memasak.






“Burj Khalifa berjaya menjadi satu keajaiban kehidupan. Pengwujudan At.mosphere memberikan satu pengalaman menikmati hidangan tiada tolok bandingnya,” Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties’ dalam satu kenyataan. Emaar adalah pemaju bangunan 828 meter Burj Khalifa yang menempatkan pelbagai kemudahan perniagaan, dan ruang bersantai serta kemudahan kediaman dan penginapan Armani Hotel Dubai dan Armani Residences.























aku kata : ada sesiapa nak bawa aku pegi sana? dapat hidu bau restoran pun jadi lah hahahah

4 comments

February 14, 2011 at 10:26 PM

hebat oo UAE..

February 15, 2011 at 6:26 AM

@dyg biasalah negara ada minyak, bisnesman pula bijak2..cepatlah berkembang..

February 16, 2011 at 9:22 AM

ndak te-telan aku nasik bgni gayat~smpai jak trus pingsan~

Anonymous
March 1, 2011 at 9:40 PM

macam menakutkan saja bangunan ni...
something misteri la....

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...