Badan aku penat tadi berjalan ronda-ronda di bandar KK. Bagi seorang atlit sekolah yang dulunya mampu untuk berjalan 25 pusingan trek tanpa rehat dalam masa tak sampai sejam sepatutnya setakat berjalan kat bandar takkan memberi impak yang besar kepada kelesuan kaki. Tapi kini aku tidak lagi seperti itu. Dah lah joging pun jarang, nak bersenam pun payah. Apa tak cepat boroi hahaha. Tapi tak pa, aku dah dapat suntikan semangat daripada si dia.
Aku maw kisahkan pengalaman dan penyesalan aku tadi semasa berjalan meronda-ronda tadi. Ada dua penyesalan aku. Penyesalan kedua-dua ni memang menjadi pengajaran besar kepada hidup aku bagi menempuhi ranjau usia kedewasaan.
Penyesalan pertama aku ialah menonton cerita movie yang amat-amat tersangat memboringkan jalan cerita. Bagi aku yang menjadi penderma tetap kepada panggung wayang berhampiran aku betul-betul menyesal tengok movie melayu Haq tu. Korang pernah tengok tak? kalau belum, aku nasihatkan korang bahawa lebih baik tengok cerita tamil kat tv di hujung minggu. laaaaagi berbaloi. Kalau yang dah tengok, korang pegi hantuk kepala korang kat dinding macam aku, sebab kurang pandai samapi tertipu dengan poster yang canggih manggih. Aku menyesal sangat tengok movie tu. Pengajaran kepada diri ku ialah, jangan nilai movie berdasarkan poster.. arghhhhhhhhhhh pulangkan duit aku....
Penyesalan kedua aku pula ialah, aku tak bagi budak minta sedekah tadi sesen atau sesuap nasi pun. Sedangkan aku tengah enak-enak pulun nasi goreng ayam tadi. Menyesal sangat-sangat. Aku menyesal sampai hendak menitiskan air mata dan nasi yang ku hadap tak selera aku jamah. Korang boleh bayangkan betapa jahat dan kejamnya aku, budak tu datang sambil menadah tangan sambil mengusapkan perutnya menandakan kelaparan. Aku dengan selamba menggelengkan kepala. Dari raut wajahnya nampak kesedihan dan kehampaan. Selepas beberapa ketika aku ingin panggil budak tu balik (sbb dah menyesal), tapi sayang budak tu sudah hilang dari pandangan bersama kehampaan hatinya. Aku menyesal sangat, sebab aku pun bukan datang dari keluarga yang hidup sederhana. Hidup keluarga aku pun kais pagi makan pagi kais petang makanlah petang. Namun begitu, mak tetap mengajarkan aku untuk menjadi pemurah kepada semua orang termasuk orang yang miskin. tapi ironisnya, aku jarang amalkan. aku betul-betul menyesal. Aku memohon maaf kepada budak tu dan memohon sejuta keampunan daripada yang Maha Memberi Rezeki kerana tidak mensyukuri nikmatNYA.
Korang jangan jadi macam aku ya. Bak kata pepatah melayu sudah terhantuk baru terngadah. Korang jadikan iktibar dua penyesalan aku tadi yew. Ok mata aku pun da menunjukkan tanda-tanda kemengantukan yang tinggi. Aku nak tido dulu..hahah salamz allz syg korang..

1 comment
betul tu,, muvie haq tu sgt memboringkan..!!!!! aq kat panggung tu tension menunggu, "bilalah muvie ne nak abis???"
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...