Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

kanak-kanak yang menjadi mangsa pemulauan masyarakat

Wednesday, February 2, 2011 1 ,000,000 terlepas cakap
Post kali ni aku tak skema lagi hahahaha. Ini kali aku mau kongsikan satu kisah sedih kepada korang. Kisah ni sebenarnya sudah berabad lama di internet tapi sekarang baru aku maw post. Nampak sangat aku ketinggalan 5 juta tahun cahaya kebelakang. Kisah ni berkenaan seorang budak di negara China. Budak yang aku maksudkan bukan legenda budak santau tapi seorang budak yang hidup keseorangan dek kerana persepsi masyarakat dipersekitarannya yang masih kuno dan kurang bertamadun. Bukan kat China jak, negara kita pun sama. Budak ni aku nak panggil Ah Long, bukan along kepada adik-adik ku atau Ah Long ceti, tapi sebab aku tak tau nama dia yg sebenar jadi aku panggil Ah Long jak hahaha. JOM!! tengok kehidupan kanak-kanak yang menjadi mangsa pemulauan oleh masyarakatnya.


Ah Long (6 tahun) tinggal seorang diri menjaga dirinya. Ini kerana ibu bapanya telah meninggal akibat AIDS, manakala dia pula mewarisi penyakit tersebut. Dia hanya ditemani seekor anjing di teratak buruk tinggalan mak bapanya. Neneknya pula tidak mahu Ah long tinggal bersamanya tetapi sering melawat Ahlong. Neneknya tidak mahu Ahlong pegi sekolah kerana khuatir akan dibunuh oleh ibu bapa murid-murid di sekolah sekiranya Ah long berkawan dengan anak-anak mereka.


Namun, langit tidak semestinya mendung setiap masa, masih ada yang sayang terhadap Ah long. Buktinya badan kebajikan memberikan Ah long 70 yuan setiap bulan tapi memandangkan harga barang dah naik (minyak RON78 lagi arghhh) mana la tu cukup. Nasib baik ada orang yang pemurah memberikan Ah long 10kg beras dan 5kg mee. Apa yang best ada orang yang pemurah memberikan Ah long setiap minggu surat khabar untuk menjadi hiburan dan memastikan Ah Long tidak ketinggalan dengan berita terkini hiburan sensasi.



























dikisahkan di : internet korang cari sendiri

1 comment

February 8, 2011 at 5:00 PM

alahai..kecian nye de
tapi yang best... mmg budak ni berdikari abis

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...