Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Rama-rama bersayap corak kepala ular

Sunday, February 13, 2011 5 ,000,000 terlepas cakap
KOTA KINABALU: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.


Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.

“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.


“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.

Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.

“Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.

“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.

Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap

5 comments

February 13, 2011 at 9:02 AM

peliknya.. nie lukisan ke??

February 13, 2011 at 1:38 PM

ereii...bkin malu urg bpot sja ni..ni kupu2 pn dia nda prnah nmpk smpai tkajut2 msuk paper..hahaha
puas sdh ku nmpk ni rama2..

Anonymous
February 14, 2011 at 12:30 AM

ini bkn lukisan ini betul.. baru mlm jumaat lepas saya dapat tangkap masa dia masuk rumah saya..bunyi angin dari sayap dia memang kuat dan menakutkan..

February 14, 2011 at 9:19 AM

@~NieZa~HAHAH

February 19, 2011 at 1:00 PM

aku rasa ada byk rama2 macam ni..kat tempat aku pun ada..aku selalu jumpa... dan aku ada mengambil gambarnya.. mmg sama jer dengan dalam gambar ni.. ini rama2 hutan tak silap aku.. yang jadi gempak tu..pasal org tu tak pernah nampak.. tak sangka pula masuk harian metro

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...