Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Wanita VS Lelaki [Episode 4]

Thursday, February 3, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
Tak ku sangka dah masuk episod ke-4 dah benda ni hahahah okey korang teruskan membaca. Pompuan jangan marah aku ya, ini aku jumpa dekat datingtips.com. Jadi korang salahkan tu website heheheh JOM!!!

Mabuk

Seyes pempuan yang pemabuk ni memang tidak sesuai untuk dijadikan gurlpren. Apa yang pasti tiada lelaki yang menganggap pompuan yang mabuk itu seksi. seksi dari segi apa? Cuba klik post aku yang niiii.


Membahaskan masalah kesihatan

Aduhai, ada sesetengah lelaki yang tidak suka dan tidak selesa apabila sang pujaan hati mereka asyik-asyik membicarakan tentang ‘kehadiran teman baik’ mereka setiap bulan. Tapi kalau aku, aku tak kisah pun, heheh itu kan normal.


Menge’cop’ semua lelaki itu buruk dan jahat

Hahaha kalau dia mendengar orang bercerita mengenai lelaki, dia akan merasakan telinga pedih dan hatinya sakit. Pempuan yang jenis ini awal-awal lagi sudah cop bahawa semua lelaki itu jahat dan berperangai buruk. Biasanya pempuan macam ni mempunyai pengalaman lampau yang gelap melibatkan sang lelaki. AWAS pempuan jenis ini cenderung untuk menjadi pengkid atau lesbian. Ala comel, tak semua lelaki itu buruk, tengok aku, baik taw heheheh


Terlalu berkuasa

Perempuan yang menganggap diri mereka terlalu berautoriti ini memang tidak disenangi oleh lelaki. Secara tuntasnya aku mengakui bahawa seorang pompuan itu memang lebih mempunyai penghasilan yang lebih baik dari lelaki. Maksud aku dari segi kawangan dan kuasa serta pangkat wanita banyak mendominasinya. Tetapi apabila pempuan lebih suka mengarah, bersikap ‘bossy’ dan sombong, alamat jadi andartu la sampai bila. Pempuan yang cenderung ke arah sikap ini, cepat-cepat lah berubah heheheh kerana lelaki tidak merasakan wanita yang terlalu berkuasa ini menarik minatnya.


Membicarakan bekas boipren

Hah! Yang ni semua lelaki memang tak suka. Kalau gurlpren dia buat pengkisahan sejarah mengenai mantan kekasihnya dulu. Apalagi kalau mula membuat perbandingan. Kalau perbandingan yang baik (menyebelahi kekasih dia kini) tak per la juga, ini semua berpihak kepada sang mantan kekasihnya. Mana aci wei...!!!


Lebih banyak berbicara tentang diri sendiri

Eh!!!? Aku tak taw pula yang ni ada termasuk dalam senarai sikap pempuan ynag tidak disenangi oleh kaum lelaki. Kalau aku lah kan, ok jew. Tak dak masalah. Mungkin apa yang dimaksudkan dengan kenyataan ini adalah jenis pempuan yang suka membangga diri, ego yang tinggi ke bulan dan angkuhnya ke langit. Opkos semua orang pun tak suka.


Terlalu banyak bertanya

Bertanya dan bersembang itu lain ya. Kadang-kadang ada lelaki yang tidak kisah kalau pempuan ni bertanya, tapai bila dah terlalu banyak bertanya seperti tiada penghujung dengan soalann tersebut akan membuatkan lelaki menjadi rimas dan kurang senang. Tak salah bertana tapi bagi aku biarlah pertanyaan itu sedikit tetapi bila diberikan jawapan akan menjawab banyak persoalan. Tapi aku jenis yang suka jawab soalan puteri bunian aku hehehe sebab aku adalah kaunter pertanyaan dia hahahah


Berpakaian tidak sesuai

Sudahlah pakaian tak ikut majlis, pakaian pula menjolok sarang tebuan, pasti banyak mata memandang. Ala tak salah pakaian lawa-lawa ka janji ikut suasana dan keadaan serta tidak memalukan diri sendiri dan pasangan korang.


Terlalu banyak make-up

Keaslian itu penting. Ada juga pasangan yang suka gurlpren dia memake-upkan diri mereka,tapi kalau dah make-up tu dah tahap hampir pelakon opera cina, semua orang pun tak nak kan. Nak make-up pun biarlah ala kadar, bagi aku pempuan itu di mata lelakinya ada kecantikan tersendiri.


Materialistik

OPPPPSSSSS!!! Awas pisau cukur berhampiran anda. Aku taw tak ramai spesis macam ni kat luar sana. Dan biasanya pempuan jenis ni takkan berkenan lelaki yang kelas bawahan. Dorang ni nak yang standard VIP, VVIP, MP3, datuk, tan sri,dan sanggup pula jadi anak ikan. Kalau tak dapat bapak-bapak VIP ni dapat anak dorang pun jadi lah. Ish sanggup dorang jual maruah..janganlah weiii...

akukata : maafkan aku kalau ada yang terkasar yer..esok aku bagik korang shoot lelaki pula..tunggu yer...

2 comments

February 3, 2011 at 6:44 PM

kekeke..
utk para lelaki..
perempuan juga tidak suka llaki bsikap spt di atas..hohoho
lelaki mabuk sngt jijik...~.~
huhuhu.heee...:p

February 3, 2011 at 6:45 PM

@~NieZa~ ahahahah sabar nija..esok aku shoot lelaki pla hehehe jgn lupa baca ar..hahahaha

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...