Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Rancangan Bangang : Chef bogel

Saturday, February 12, 2011 7 ,000,000 terlepas cakap
HONG KONG - Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan berbogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Flora yang berusia 26 tahun akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa.


"Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan," katanya kepada akhbar South China Morning Post.

Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar basah di Hong Kong.

Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak.

Wanita itu kemudian akan berbogel dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya.


Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya.

Setiap episod akan berlangsung dalam tempoh 30 minit. - Agensi

7 comments

February 12, 2011 at 7:18 AM

nk tgk cite ni..agak2 kat astro ada x? hehe

February 12, 2011 at 7:32 AM

@Budak Hati cuba cek kat channel AFC..hahah mana taw sangkut

February 12, 2011 at 7:57 AM

idea yg bagus utk para isteri supaya laki dorang duduk diam kat rumah haha!

February 12, 2011 at 8:35 AM

apa punya rancanganlah ..adoi

February 12, 2011 at 11:16 AM

@FarhaNezam hahaha idea yg bagus kali tu taw..heheh galakkan kepada isteri2 nnt..

@nelly Gila bha dorang ni buat rancangan yg bukan2..

February 12, 2011 at 12:26 PM

budu oo ne chef.. murah betul bah cara mau tarik penonton

February 12, 2011 at 12:31 PM

Ini rancangan bangang, dari orang2 yang bangang.. Malaysia dalam beberapa tahun lagi mungkin akan ikut macam ni. Cuba tengok rancangan hiburan kita terutamanya yang berbahasa Mandarin [khas untuk orang cina]. Majoriti sendat2, xcukup kain, n pulun seksi2. Xlama lagi, tiada kainlah.. Jadi macam orang utan..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...