Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Sejarah Facebook

Sunday, February 27, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
Memandangkan aku dah lama tak update blog ni, hari ni aku janji akan mula aktif semula. OK untuk itu aku nak bawakan sebuah kisah iaitu asal usul facebook. Korang baca lah dengan penuh enjoy yer. OK JOM!!!


Facebook adalah sebuah laman social networking yang sangat popular buat masa sekarang yang mula dibina pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg - seorang mahasiswa University Harvard. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Serikat (AS). Pada hari ini, Mark Zuckerberg telahpun berumur 26 tahun. Beliau merupakan Billionair yang termuda didunia dengan kekayaan semasa mencecah US$14 billion.

Idea penubuhan Facebook bermula ketika belajar di University Harvard dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar Harvard pada ketika itu. Pada mulanya, Mark Zuckerberg menggunakan nama facemash.com kepada laman social tersebut. Dalam masa yang begitu singkat, lebih 60% daripada pelajar Harvard telah menggunakan Facemash dan itu membuatkan Mark Zuckerberg lebih yakin untuk mengembangkan laman social tersebut.


Oleh kerana ingin menumpukan sepenuh masa kepada Facebook, Mark Zuckerberg keluar meninggalkan Harvard dan berpindah ke Palo Alto, California pada musim panas 2044 bersama teman sebiliknya di Harvard iaitu Dustin Moskovitz serta beberapa rakannya yang lain. Beliau menyewa sebuah rumah kecil untuk dijadikan pejabat rasmi Facebook pada ketika itu.

Disitulah Mark Zuckerberg telah bertemu dengan Peter Thiel iaitu pengasas Paypal. Hasilnya Peter Thiel telah bersetuju untuk memberi dana sebanyak US$500,000 seterusnya menjadi pelabur pertama Facebook. Itu membuatkan Mark Zuckerberg beralih ke pejabat yang lebih besar. Pada Ogos 2005, Mark Zuckerberg telah membeli domain www.facebook.com daripada Aboutface Corporation yang bernilai US$200,000. Pada September 2005, Facebook mula diperkenalkan khusus untuk pelajar sekolah menengah dan dalam masa 15 hari sahaja, sebahagian besar sekolah di AS telah menyertai Facebook. Pada akhir tahun 2005, Facebook telahpun berkembang ke 2,000 universiti dan 25,000 sekolah menengah di AS, Kanada, Mexico, Puerto Riko, Australia dan beberapa negara lain.

Pada April 2006, palabur pertama Facebook iaitu Peter Thiel bersama Greylock Partners dan Meritech Capital Partners telah menambah pelaburan di Facebook dengan dana sejumlah US$25 juta.

Selepas 2 tahun Facebook beroperasi, muncul pula pelbagai laman social network seperti Myspace dan TouTube yang dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak US$580 juta manakal YouTube pula menerima tawaran sebanyak US$1.5 billion dari Google. Tapi apa yang menariknya ialah Mark Zuckerberg tidak mahu menjual Facebook walaupun telah ditawarkan oleh Google & Yahoo pada harga mencecah US$1 billion. Walaupun keputusan beliau telah mengundang pelbagai spekulasi negatif tapi dia telah membuktikan masih banyak lagi yang boleh dicapai oleh Facebook. Hasilnya selepas 3 tahun penubuhan Facebook, Mark Zuckerberg telah dinobatkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai US$1.5 billion.

Sehingga kini makin ramai pelabur yang membuat pelaburan di Facebook dan yang terbaru ialah Firma Goldman Sachs sebanyak US$450 juta serta syarikat Digital Sky Technologies sebanyak US$50 juta dalam bentuk matawang. Pelaburan itu membuatkan harga semasa Facebook ketika ini sudah mencecah US$50 billion (RM153 billion). 25% daripada saham Facebook adalah milik Mark Zuckerberg sendiri

aku culik dari sini



2 comments

February 27, 2011 at 9:52 AM

muda-muda lagi dah jadi jutawan...

February 27, 2011 at 10:03 AM

@LennMommaChubby rezeki dia bh tu momma..hehehe

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...