Pada tulisan kali ini, aku akan meminimakan sepenuhnya perkataan dan penulisan yang berbaur mencarut dan merepek dan aku cuba sedaya yang mungkin menggunakan ayat yang skema dan teratur serta baku tatabahasa, fonetik dan sintaksisnya agar semua pembaca dapat memahami serta mengahayatinya bersama. Pada penulisan kali ini aku akan sentuh berkenaan blog aku ini.
Blog ini, pada mulanya adalah sebuah blog yang berkisarkan kehidupan aku. Namun, tidak lama kemudian aku mengubah konsep dan cara penyampaian aku bersesuaian dengan sikap dan diri aku yang sebenar dalam kehidupan dan rutin harian aku. Secara tuntasnya penulisan dalam blog aku ini lebih banyak menggunakan ayat dan perkataan yang tidak tersenarai dalam kamus dewan atau dalam istilah yang lebih mudah ialah 'bahasa pasar'. Tidak perlu aku menyatakan definisi 'bahasa pasar' dengan lebih lanjut. Dalam merencanakan kehidupan seharian aku, aku lebih banyak menggunakan 'bahasa pasar' dan demikian juga diri aku semasa penulisan di blog. Aku lebih senang menuliskan perkataan-perkataan yang diambil dari bahasa seharian aku. Jadi tidak hairanlah sekiranya ada pembaca yang mungkin kurang faham terhadap sebarang ayat aku dalam penulisan di blog.
Menyentuh mengenai ayat-ayat mencarut aku di dalam blog ini. Ia adalah ekspresi perasaan aku terhadap berkenaan sesuatu isu. Selain itu, aku juga suka merepek di dalam penulisan blog aku. Mengapa? Kerana itulah diri aku yang sebenar. Aku suka bercakap sesuatu yang merepek untuk hiburan semata-mata. Aku timbulkan persoalan, siapakah antara pembaca yang tidak pernah mencarut? Oh! sebelum itu, aku mahu definisikan kedua-dua perkataan ini menurut kamus dewan edisi keempat.
Isu kedua yang ingin aku sentuh berkenaan blog ini adalah isu salin dan tampal. Isu salin dan tampal ini berlaku di mana-mana sahaja tidak kira di dalam melaksanakan tugasan, peperiksaan mahupun di dalam penulisan blog. Tidak terkecuali diri aku. Aku salin dan tampal sebarang maklumat berita dari akhbar atas jaringan untuk dikongsikan kepada pembaca semua. Aku akan pilih mana-mana berita yang aku rasakan menarik untuk aku baca dikemudian hari serta memberi maklumat kepada diri aku dan rakan pembaca yang lain. Di sini juga aku ingin menyampaikan kekesalan aku terhadap kekhilafan diri aku kerana kadang-kadang aku tidak meletakkan pemilik asal berita tersebut. Maafkan aku.
Tapi, kadang-kadang aku terfikir sekiranya aku ingin meletakkan pemilik asal sesuatu maklumat itu, aku perlu memberikan alamat yang benar-benar asli (berlandaskan format penulisan APA) dan satu perkara lagi, maklumat di rangkaian komputer antarabangsa atau 'internet' telah banyak di salin dan tampal sehinggakan pemilik asal tidak diketahui lagi. Oleh itu, aku beranggapan bahawa perkongsian maklumat di atas jaringan lebih menjurus kepada konten dan terpulang pada pendapat pembaca itu sendiri sama ada hendak menerima atau mempunyai persepsi yang berbeza terhadap maklumat tersebut. Niat penyebar itu hanya berkongsi maklumat sahaja dan antara penyebar itu adalah aku. haha (ketawa kecil). Sebagai contoh wikipedia adalah sebuah laman sesawang yang memberikan banyak input-input yang menarik namun sedar atau tidak, wikipedia tidak boleh digunakan sebagai rujukan awal kerana ia adalah sebuah laman sesawang yang mana maklumatnya boleh ditukar ganti oleh pembaca dan maklumat tersebut berisiko untuk dipesongkan. Demikian juga blog ini, maklumat aku hanya untuk tatapan dan sebagai usaha aku untuk membudayakan budaya membaca.
Secara kesimpulannya, penulisan blog aku kali ini hanya lebih menjurus kepada memperkenalkan konten, kaedah dan cara aku menyampaikan maklumat. Biasanya, sebelum aku membicarakan sesuatu topik aku akan merujuk beberapa rujukan utama aku. Selain itu, aku juga biasanya akan meletakkan alamat asal di mana aku mendapatkan maklumat itu sekiranya ia adalah karya yang benar-benar asli oleh penulis tersebut. Aku tekankan sekali lagi, aku berpegang pada format penulisan APA yang mana hanya karya yang benar-benar asli sahaja yang boleh dijadikan rujukan.
Sekian, terima kasih
aku kata : setelah sekian lama aku tidak becakap dalam bahasa skema yang aku tinggalkan suatu ketika dahulu dalam penyampaian syarahan dan pidato..hahahha gila otak aku ni, sudah bekarat..mana mau asah ni??
dikisahkan di: dari hati

Mencarut : Kata dasar carut yang membawa makna perkataan yg keji dan kotor (cabul): perkataan hamun dan maki, dan cabul;Sudah faham? Iya, aku mengaku blog aku ada unsur kedua-dua perkataan ini, tapi harap semua pembaca tidak salah anggap bahawa aku hanya merepek untuk berhibur dan aku hanya mencarut untuk menunjukkan ekspresi emosi aku.
Mencarut : Kata dasar adalah repek (répék); merepek bercakap terus-menerus dan yg bukan-bukan, berleter, mengoceh, meracau:
Isu kedua yang ingin aku sentuh berkenaan blog ini adalah isu salin dan tampal. Isu salin dan tampal ini berlaku di mana-mana sahaja tidak kira di dalam melaksanakan tugasan, peperiksaan mahupun di dalam penulisan blog. Tidak terkecuali diri aku. Aku salin dan tampal sebarang maklumat berita dari akhbar atas jaringan untuk dikongsikan kepada pembaca semua. Aku akan pilih mana-mana berita yang aku rasakan menarik untuk aku baca dikemudian hari serta memberi maklumat kepada diri aku dan rakan pembaca yang lain. Di sini juga aku ingin menyampaikan kekesalan aku terhadap kekhilafan diri aku kerana kadang-kadang aku tidak meletakkan pemilik asal berita tersebut. Maafkan aku.
Tapi, kadang-kadang aku terfikir sekiranya aku ingin meletakkan pemilik asal sesuatu maklumat itu, aku perlu memberikan alamat yang benar-benar asli (berlandaskan format penulisan APA) dan satu perkara lagi, maklumat di rangkaian komputer antarabangsa atau 'internet' telah banyak di salin dan tampal sehinggakan pemilik asal tidak diketahui lagi. Oleh itu, aku beranggapan bahawa perkongsian maklumat di atas jaringan lebih menjurus kepada konten dan terpulang pada pendapat pembaca itu sendiri sama ada hendak menerima atau mempunyai persepsi yang berbeza terhadap maklumat tersebut. Niat penyebar itu hanya berkongsi maklumat sahaja dan antara penyebar itu adalah aku. haha (ketawa kecil). Sebagai contoh wikipedia adalah sebuah laman sesawang yang memberikan banyak input-input yang menarik namun sedar atau tidak, wikipedia tidak boleh digunakan sebagai rujukan awal kerana ia adalah sebuah laman sesawang yang mana maklumatnya boleh ditukar ganti oleh pembaca dan maklumat tersebut berisiko untuk dipesongkan. Demikian juga blog ini, maklumat aku hanya untuk tatapan dan sebagai usaha aku untuk membudayakan budaya membaca.
Secara kesimpulannya, penulisan blog aku kali ini hanya lebih menjurus kepada memperkenalkan konten, kaedah dan cara aku menyampaikan maklumat. Biasanya, sebelum aku membicarakan sesuatu topik aku akan merujuk beberapa rujukan utama aku. Selain itu, aku juga biasanya akan meletakkan alamat asal di mana aku mendapatkan maklumat itu sekiranya ia adalah karya yang benar-benar asli oleh penulis tersebut. Aku tekankan sekali lagi, aku berpegang pada format penulisan APA yang mana hanya karya yang benar-benar asli sahaja yang boleh dijadikan rujukan.
Sekian, terima kasih
aku kata : setelah sekian lama aku tidak becakap dalam bahasa skema yang aku tinggalkan suatu ketika dahulu dalam penyampaian syarahan dan pidato..hahahha gila otak aku ni, sudah bekarat..mana mau asah ni??
dikisahkan di: dari hati
13 comments
rasenya bab2 cakap kasar atau mencarut ni,semua orang kadang2 terlepas cakap...so,it's normal
@CIK CIRA heheh betul tu cik cira.. sokong2..tiada manusia yang sempurna..
ni aku bace blog pinung ka,
aku baca buku teks sekolah..hehe
bro, wat bahasa besa la....mencarut2 sekadar ekspressi takpe kot..hehhe
@sampah hitam tak de lah bro..hehehe aku akan kembali ke ayat merepek aku kelak heheheh..ni sesaja jer..
kalau aku, no hal jak kau mau tulis stail apa sekalipun sebab kau punya penulisan pun dah bagoooosssss ni, ib..and, biarlah dari penulisan kau tu melambangkan identiti kau dalam blog. takkan mau semua penulis punya gaya penulisan yang sama kan..kan..kan..tak semestinya kita mencarut dalam blog, kita mencarut gak di luar blog..yang penting ELAUN kita belum kuar!!arrgggghhhhhhhhh!!!tensen!! (tiba2*)
@freakystar sabar rin..aku ni lagi la..maw menampung makan minum keluarga susu anak lagi, lampin heheheh
adoiii termengantuk aku sbntar . kekeke :P nda bhh men2 ja .
@Nana Liyana hahhahah nda lah aku trasa..aku buat tu post sbb ada kejadian hahahaha
Pecah Kata adalah salah satu blog yang bebas kata carut dan penulisannya menngunakan bahasa lembut :- Hj. Blog bin Fesbuk.
Bagi gua, suka hati penulis blog itulah mau guna bahasa apa. Pasar kah, bandar kah, desa kah, bahasa kubur kah. Bayangkan semua blog dalam malaysia ini guna bahasa baku karangan BM SPM? Bukan kah jahanam namanya itu. Dan isu mencarut pula, gua no komen. blog gua mana da mencarut. kehkehkeh. Lagi pun itu blog gua, bukan blog bapa siapa-siapa. kan kan kan? Dan suka hati juga lah itu tuan punya blog mahu rembat letak apa jadah punya berita atau cerita dalam blog dia. kalau penulis entri tu tahu dari mana asal cerita itu, boleh lah di tulis atau bg kredit sama penulis asal. tapi kalau di cilok dari jiran sebelah jua yg sebenarnya mencilok dari jiran sebelah yg satu lagi, pandai-pandailah. Lagi pun pembaca blog ni semua ada sekolah dan tahu suatu cerita itu asli dibuat atau di ambil dari mana2 sumber. Apa jadah gua komen macam buat entri ni. Pehh!! Kesimpulan, 'Peduli apa gua sama itu cara penulisan'. Sekian.
@PecahKata YES...hahaha aku suka bila ko dah bagi pendapat szan..sebenarnya itulah yg cuba aku sampaikan dalam bhasa skemanya..skg ni ko lah penyelamat aku untuk menyampaikan dalam bahasa pasar heheheh hahahaha
kau tulis jak ikut suka kau...cuba kau lihat sekeliling ni,ib..lihat sekarang! kau ada pengkomen..kau ada pengikut tegar..tu dah cukup bagooosssssss dah sebagai sorang blogger. pasar2 tu takpa..kau bukan buletin utama pun. walaupun buletin utama selalu tersasul2 cakap bahasa pasar ; p
erm.. aku pun mo nyibuk skit ebak...
wakakakaka... i support for what you have done and its really really amazing plus full of info terkini..
miahahahahaha... speaking pla kan.. im sorry for my broken english.. as people said.. diffrent people.. diffrent way of thinking.. ehem.. sorry ye cik "DIFFRENT".. by the way.. u have the right for what you've been doing and tak kacau orang pun.. kesimpulannya.. meh la men DDtank..
wakakakaka.. gogo eebakkk~!!!
Hairie dan rin ~ thanx..
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...