Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Lupus bahan bukti, 2 Dekad penjara

Tuesday, February 22, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
SHAH ALAM: “Kes ini amat mengejutkan negara di mana empat orang dibunuh dalam satu kejadian.


“Mana-mana orang pun akan bersetuju hukuman penjara lima tahun tidak memadai,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki pada semakan kehakiman yang menyaksikan dua pekerja ladang menerima hukuman penjara 20 tahun akibat melupuskan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, semalam.

Mohtarudin membuat keputusan terhadap K Sarawanan, 20, serta U Suresh, 27, dan memerintahkan hukuman terhadap mereka berjalan mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 dan 12 September tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu selepas menolak rayuan difailkan Sarawanan, tetapi pada masa sama membenarkan semakan kehakiman difailkan pihak pendakwaan terhadap kedua-dua lelaki itu.


Kedua-duanya yang hadir dengan memakai pakaian penjara berwarna merah hati tergamam dengan keputusan berkenaan.


Pada 15 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap Sarawanan dan Suresh yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Tiga individu lagi ialah pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad.

Bagi setiap kesalahan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara maksimum iaitu tujuh tahun.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh tangkapan.

Mereka antara lapan yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos tahun lalu.

Sarawanan mengaku menghilangkan bukti itu dengan membakar mayat Sosilawati, 47, Noorhisham, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan Kamaruddin, 44, manakala rakannya itu mengaku membuang abu mayat mangsa.

Sarawanan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 26 Oktober tahun lalu, bagi mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan itu dengan alasan pengakuannya dibuat bukan secara sukarela.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan satu semakan kehakiman dibuat terhadap keputusan Majistret Teluk Datok, Hurman Hussain berikutan aduan awam terhadap pengendalian kes itu.

Dalam keputusannya semalam, Mohtarudin memutuskan Hurman terkhilaf ketika menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun secara serentak terhadap Sarawanan dan Suresh atas empat pertuduhan melupuskan mayat mangsa dalam kes pembunuhan itu.

Justeru, katanya, mahkamah memutuskan untuk menggantikan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Telok Datok itu kepada penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, pihaknya berpendapat kesalahan tertuduh melupuskan bahan bukti itu untuk melindungi kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 yang membawa hukuman mati mandatori amat serius.

“Oleh itu, mahkamah perintahkan hukuman lima tahun itu dijalankan berturut-turut (berasingan) dari tarikh tangkapan,” katanya.

Sementara itu, berhubung rayuan Sarawanan, Mohtarudin berkata, mahkamah menolak hujahan peguam mewakili lelaki itu kerana secara keseluruhan mendapati ia ‘pemikiran semula’.

Beliau berkata, afidavit dikemukakan perayu adalah tohmahan keterlaluan terhadap peguam, jurubahasa dan majistret yang mengendalikan kes itu di Mahkamah Majistret Teluk Datok.

Katanya, hujahan peguam bahawa Sarawanan tidak ditunjukkan gambar mangsa bunuh tidak dapat diterima kerana ia bukan penting terhadap pertuduhan.

“Hujahan lain dianggap remeh seperti jurubahasa Tamil tidak menerangkan pertuduhan, sifat dan akibat pengakuan serta fakta kes tidak diterangkan terhadap tertuduh.

“Tiada aduan ketika prosiding bahawa jurubahasa itu tidak dapat menguasai bahasa Tamil atau sebagainya,” katanya.

Mohtarudin berkata, berdasarkan alasan itu, mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan dan sabitan serta mendapati tiada penyalahgunaan proses mahkamah sepanjang pengendalian kes itu di Mahkamah Majistret.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...