Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[Rekod] Remaja Pakistan mendapat 23 A dalam O Level

Wednesday, February 2, 2011 7 ,000,000 terlepas cakap
ISLAMABAD - Seorang pelajar lelaki di Pakistan telah memecahkan rekod dunia apabila dia memperoleh 23A dalam peperiksaan Cambridge O Level.


Remaja itu, Ibrahim Shahid, 17, anak kepada seorang profesor kejuruteraan elektrikal mendapat pendidikan di sekolah swasta Beacon House di Islamabad.

Ibrahim berjaya mencatat rekod kerana mendapat 23A dalam 24 mata pelajaran dalam peperiksaan Cambridge itu.

Dia mendapat 23A selepas memperoleh ihlam daripada kisah bapa bom atom Pakistan, Abdul Qadeer Khan yang diangkat menjadi hero negara.


Abdul Qadeer dikritik negara-negara Barat selepas dia mengaku menjual rahsia nuklear kepada Iran, Libya dan Korea Utara pada 2004.

"Ini satu pengiktirafan kepada negara saya. Ia belum pernah dilakukan di peringkat O Level," kata Ibrahim yang berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-gurunya.

Dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai bidang apa yang hendak diikutinya di universiti.

Namun, dia mengaku meminati bidang fizik dan ekonomi selain mahu memberi sumbangan kepada negaranya yang mundur akibat kemiskinan.

"Saya kagum dengan Doktor Qadeer Khan. Saya mahu berkhidmat kepada negara. Generasi akan datang perlu percaya dengan kerja keras dan tidak berputus asa. Mereka mesti bekerja keras untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu menjadi kenyataan," katanya.

Gurunya, Qurat-Ul-Ain menyifatkan kejayaan Ibrahim sebagai berita baik yang jarang berlaku.

Peperiksaan Cambridge 0 Level diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelejar berusia 14 dan 16 tahun.

Ia merupakan sebahagian daripada persediaan untuk kemasukan ke universiti. - AFP

7 comments

February 2, 2011 at 7:28 AM

huh..baru la bilang!!
sekali aku, PMR pun mau2 juga bkakai!

Anonymous
February 2, 2011 at 8:09 AM

WOW.
TAK SANGGUP AKU.
5 A PUN MUNGKIN KERING OTAK MAW BELAJAR.

February 2, 2011 at 8:51 AM

@Kreatifbuzz hahaha..rezeki dan usaha dia nampak berhasil..

@MOHD. NASER NOHO heheh tak per setiap individu berpeluang cerah untuk berjaya, sama ada MAHU atau TIDAK sahaja

February 2, 2011 at 11:03 AM

aku bole jd macam dia cuma... aku ni malas.. hahaha...

February 2, 2011 at 11:09 AM

@anne-nurain betul2..eh knp penyakit kita sama ni..sapa jangkit sapa?

February 3, 2011 at 10:40 AM

aku kali ni kasi jangkit ko.. bgus ko jau2 dr aku... hahaha...

February 3, 2011 at 5:49 PM

@anne-nurain nemaw eh..kalau aku lari jauh2 sapa yg mau baca blog ku nanti..kamu jak tu yg rajin datang p sini ;P

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...