Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Buanya trauma tertelan telefon bimbit

Sunday, January 23, 2011 6 ,000,000 terlepas cakap
KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.


Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.

"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.

Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.

Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.

Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.

Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X. - AP

6 comments

January 23, 2011 at 5:59 PM

ish2 mcm2 mesti buaya tu tak sedap perut mane tak nye kalo ada org kol or anta msj msti hp tu berbunyi dlm perut die...uhuhuu

January 23, 2011 at 7:32 PM

@fara_farez89 hahahah lepas ni mesti buaya tu ada masalah nak bayar prepaid..hehehe

January 24, 2011 at 9:23 AM

Ouch! My perut got vibrate!! Damn~

January 24, 2011 at 1:26 PM

@Finie Ramos ahaah itu ayat utk buaya ka tu finie??

January 24, 2011 at 2:01 PM

hahah..atau mungkin dia ckp "woit, tlepon ko bbunyi nih!dlm perut aku!! amik cpt"

January 24, 2011 at 2:17 PM

@Finie Ramos org tu mesti jawab " tak per la, ko jak tolong jawabkan utk aku" lpas tu lintang pukang lari hahahaa

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...