MEXICO: Penyeludup dadah kini beralih kepada ciptaan purba sebagai cara baru untuk menyeludup marijuana atau ganja merentasi sempadan Mexico ke Arizona.
Penemuan dua ‘lelastik dadah’ di negeri Sonora di Mexico menandakan perkembangan terbaru dalam permainan kucing dengan tikus yang membabitkan penyeludup dengan pihak berkuasa negara itu.
Tentera Amerika Syarikat yang mengendalikan sistem pengawasan kawalan jauh di Stesen Peronda Sempadan Naco berkata, mereka mengesan beberapa orang menyediakan lastik dan melastik bungkusan merentasi pagar sempadan minggu lalu.
Seorang pegawai tentera Mexico berkata, lastik setinggi tiga meter itu ditemui kira-kira 20 meter dari sempadan Amerika Syarikat di atas landas rata yang ditarik menggunakan kenderaan utiliti sport. Menurut pegawai itu, lastik berkenaan mampu melastik dua kilogram ganja pada satu-satu masa.
Beliau juga berkata, pihaknya merampas 16 kilogram ganja, kenderaan berkenaan dan lastik terbabit baru-baru ini.
Bagaimanapun, penyeludup melarikan diri sebelum dapat ditangkap.
Video yang menunjukkan mereka menggunakan lastik itu disiarkan kelmarin.
Sementara itu, lastik kedua ditemui semalam berhampiran Agua Prieta, satu lagi bandar sempadan.
Seorang pegawai tentera di kawasan itu berkata, maklumat daripada orang yang tidak dikenali membolehkan tentera melancarkan operasi di kawasan berkenaan dan merampas lastik itu, yang sama dengan lastik pertama.
Pegawai Mexico berkata, ini kali pertama mereka mendapati cara penyeludupan seperti itu.
Penyeludup dadah di negara itu sebelum ini menggunakan pesawat, terowong, kenderaan, bot dan kurier untuk menyeludup dadah ke Amerika Syarikat.
Lebih menarik lagi, penyeludup dadah di Colombia menggunakan kapal selam. - AP

Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...