Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Satu igauan ngeri tanpa secawan kopi

Monday, January 17, 2011 1 ,000,000 terlepas cakap
Tadi aku betul-betul mengantuk sangat tapi sekarang ni tak pula. Hari ini juga menjadi bukti ketara yang aku tak boleh hidup tanpa kopi. Tak kesah lah apa jenis jenama. Yang penting kaler dan perisa dia tetap kopi.


Dulu masa zaman aku sekolah menengah kopi dan aku tak pernah berpisah. Sarapan minum kopi, minum petang kopi, masa belajar minum kopi. Kopi, kopi, kopi..Tak penah berenggang. Kalau kopi ni adalah pompuan dah lama agaknya kami ni kawin sebab asyik bekepit jak.

Ni aku maw kisahkan lah tadi masa kelas pengurusan dan pentadbiran sukan dan pendidikan jasmani PJM3112 aku rasa mengantuk yang teramat sangat. Ini lah kesan tidak minum kopi tadi pagi. Mengantuk gila sampai lecterur tadi tu aku nampak macam ada enam belas kat depan aku. Gila aku punya halusinasi. Kena pula lecterur tadi tu jenis yang tak boleh duduk diam. Asyik bercakap jak tanpa henti laju pula tu macam bullet train. Kelas pula 3 Jam marathon. Fuh korang boleh bayangkan kelas 3 jam dalam keadaan mengantuk. Ya ampun macam ngeri jer aku rasa tadi tu.

Habis jak kelas, balik bilik, terus aku santap kopi secawan kemudian berehat kejap. Kemudian mandi, naa hilang sudah mengantuk, mata segar semula. Cisss setan punya maskara ni memang menjadik lah, bila nak belajar topup ilmu di dada, mesti masa tu setan dan konco-konconya bizi nak mekap mata aku dengan maskara jahanam dia tu. Nak buat aku mengantuk la tu. Pandai pula mereka ni bagi bayangan katil aku yang memanggil-manggil arghhhhhh...tp bila dah habis kelas, hamboi bukan main segar pula mata ni. Kesan maskara setan tu dah habis agaknya.

Konklusinya di sini, aku tak galakkan korang minum kopi ni. Sebabnya, sekali korang terbiasa minum korang akan jadi ketagih. Tak pecaya tanyalah atok, ayah ker atau suami korang yang suka minum kopi. Cuba jangan bagi minum sehari dua, aku jamin kompom kena migrain tahap labi-labi punya. Tengoklah aku ni, dah cuba minum benda lain tapi tak juga menjadi. Ingat kopi tak elok untuk hati. Babai...aku nak buat kopi dulu

1 comment

Anonymous
January 17, 2011 at 10:43 PM

nah sape suwu ko 2 suka sgt minum kupi2.. nah tgok kan.. gupren suwu bli laen xmaw.. hehehe

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...