Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[Memalukan] Guru setan dipenjara 12 tahun, 2 sebatan

Monday, January 24, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.


Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.

Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazal

akukata : bagi aku dia ni bukan seorang guru tapi setan yang bertopengkan manusia. Nafsu..nafsu..tak cukup ka dengan bini..

dikisahkan di : mymetro

4 comments

January 24, 2011 at 6:42 AM

gila punya cigu! budak 12 taun pun dia mau bha..

January 24, 2011 at 1:30 PM

@FarhaNezam psiko bh ni cikgu..tgo la muka tu..cam mau lempar dgn najis jak..

January 24, 2011 at 6:59 PM

gali sy tingu muka dia!!
jijik!! keji!! kutur!!!!!!!!!!!!!

January 24, 2011 at 7:19 PM

@~NieZa~ aku lagilah nija..kalau jumpa d luar ni..nda la ku taw mau buat apa..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...