SUNGAI PETANI: Seorang warga emas patah tulang rusuk sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas dipukul dan ditendang cucunya sendiri yang naik angin apabila tidak mendapat wang RM100 dimintanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100.
Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan.
“Bimbang cucunya bertindak liar, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda. Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan cucunya bertambah marah.
“Sebaik tiba di rumah selepas membuat laporan polis, cucunya terus menendang dan memukul mangsa berkali-kali di luar rumah.
“Akibat serangan cucunya itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah. Cucunya melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dilihat jiran, apatah lagi apabila melihat datuknya tidak sedarkan diri.
“Mangsa dihantar jirannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dan patah tulang rusuk meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di HSAH,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan polis sudah menahan suspek beberapa hari lalu.
“Dia kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.

2 comments
Ada lg kes cucu kejam ni...
jd trend sdh ni kali kn...
hargai n sygi la dtuk korang slagi drg msh idup...
@anne-nurain entahlah anne, hari tu kes cucu samun datuk skg ni bunuh2..mmg dah jadi trend bunuh sedara kali skg ni d Malaysia..Sapa cakap Malaysia Hidup aman skg ni??
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...