Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Wanita cantik, lelaki kacak, Miliki IQ tinggi. iya ka??

Tuesday, January 18, 2011 5 ,000,000 terlepas cakap
LONDON: Selain sering dilihat bertuah kerana sentiasa menjadi perhatian, seseorang yang memiliki wajah segak atau lawa juga didapati lebih cerdas berbanding orang lain.

Kajian terbaru dilakukan di Britain dan Amerika Syarikat mendapati, tahap purata IQ individu berwajah segak atau lawa adalah 14 mata lebih tinggi daripada orang biasa, Keputusan itu sekali gus menolak kepercayaan ramai bahawa wanita berambut perang atau lelaki kacak kurang cerdik.

Kajian itu dilakukan Sekolah Ekonomi London (LSE), baru-baru ini.

Menurut keputusan kajian itu, seseorang yang memiliki penampilan menarik mampu memikat pasangan yang bukan saja sama menawan, malah cerdas akal fikirannya.

Hasil hubungan itu, kata kajian berkenaan, pasangan terbabit boleh mendapat anak yang kemungkinan besar mewarisi kualiti fizikal dan mental mereka.

Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa, berkata daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.

“Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat di kalangan lelaki dan wanita,” katanya. Antara selebriti Barat yang memiliki daya penarik fizikal dan cerdas minda adalah supermodel, Lily Cole (pernah belajar di Universiti Cambridge) dan pelakon, Kate Beckinsale (lulusan Universiti Oxford). - DM

aku kata : tapi aku nampak ramai artis2 kita ni bukan main lawa, kacak, macho, kiut tapi kepala macm bangang jer, perangai buruk jangankan IQ, otak pun mcm tak der..nampak gaya kena kaji balik la benda ni..

5 comments

January 18, 2011 at 7:48 AM

thats why la aku rasa IQ urang tu nda semestinya ikut muka. Kalau ensom or cantik tu kira bonus la..

Anonymous
January 18, 2011 at 11:40 AM

eleh, artis2 tu lawa pun sbb pakai mekap tebal2........ klu xda mekap?? hancusss

January 18, 2011 at 1:21 PM

@FarhaNezam betol2 tu nijam..aku tak setuju sgt dgn saintis ni..kang aku pegi jumpa dorang hempok kepala dorang satu2..

@marionette.life.goes.wrong ini lagi lah aku setuju..trutama artis yang dah la muka buruk tambah lagi perangan macm setan..naaa kan dah kena maki oleh aku..

January 18, 2011 at 7:39 PM

sma jak tu saintis sma artis tu... dua2 budu... hahaha...
npa saintis2 suka mrepek ya?? mcm2 la drg pny kajian yg x masuk akal... org yg x tau pa pa pn pcaya jak apa kata saintis ni...
ntah btul ntah tidak apa d kaji drg ni...
*hard2believe*

January 19, 2011 at 8:51 PM

nobody perfect! hahaha...syukur la..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...