Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[kejam] Bunuh anak dengan arus elektrik kerana bercinta

Monday, January 24, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
ISLAMABAD: Gara-gara bercinta dengan lelaki yang tidak direstui keluarga, seorang gadis dibunuh dengan menggunakan arus elektrik.

Polis berkata semalam, anggota keluarga Saima Bibi, 17, memutuskan untuk membunuhnya dalam satu mesyuarat majlis desa kerana memalukan keluarga.

“Terdapat tanda-tanda penderaan dan melecur pada leher, belakang dan tangan yang mungkin disebabkan penggunaan arus elektrik,” kata Zahoor Rabbani, jurucakap polis di Bahawalpur, timur Pakistan, tempat kejadian itu berlaku.

Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani memandang serius kejadian itu dan mengarahkan polis mengemukakan laporan segera, menurut kenyataan pejabatnya.

Kematian Saima dipercayai akibat pembunuhan kerana menjaga maruah.

Ia sering berlaku di kawasan luar bandar di mana berkahwin tanpa kebenaran anggota keluarga lelaki atau melakukan persetubuhan sebelum berkahwin dilihat sebagai pencemaran serius terhadap maruah keluarga atau suku kaum.

Doktor di sebuah hospital tempatan berkata, punca kematian Saima masih belum dapat dipastikan.

Saima dikatakan jatuh cinta dengan jirannya, Dilawar dan melarikan diri ke Karachi, bandar terbesar di Pakistan baru-baru ini.

Anggota keluarganya memujuk dia pulang dan berjanji untuk membenarkan dia berkahwin dengan lelaki itu.

“Bapa dan ibu saudara serta anggota keluarga lain kemudian enggan memenuhi hajatnya kerana mendakwa lelaki itu daripada kasta rendah.

“Beberapa bapa saudaranya dan beberapa orang yang berpengaruh lain membunuhnya apabila dia enggan menuruti kehendak mereka,” kata Zahoor.

Polis menyerbu kampung Saima selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk kampung yang berkata, anggota keluarga Saima memberitahu orang ramai gadis itu membunuh diri.

Menurut Zahoor, pihaknya menangkap bapa Saima, Abdul Majeed dan seorang bapa saudaranya. - Reuters

2 comments

January 24, 2011 at 8:34 AM

kejamnya....sanggu bunuh anak drpd bertolak ansur?? gila!..huhuhu...

January 24, 2011 at 1:16 PM

@LennMommaChubby kalau yer pun tak suka tak payah lah nak bunuh anak sendiri..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...