Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Lumpuh selepas terkena 'ciuman cinta'

Sunday, January 23, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
AUCKLAND - Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok itu.

Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat.

Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan. - Agensi

2 comments

January 24, 2011 at 9:21 AM

huh! bahaya ni..ya la..kan d bhgn leher tu ada nadi penting...gila ka! ha, tu la..klu para suami mau cium isteri tu kena hati2 ya~~nnt mengundang musibah!

January 24, 2011 at 1:26 PM

@Finie Ramos ehehehe ya fini aku dgr ni nasihat dari kaum wanita..hahahah

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...