Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Pelajar Histeria cuba bunuh diri dan hisap darah

Tuesday, January 25, 2011 5 ,000,000 terlepas cakap
TEMERLOH - Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini semalam melalui detik seram dan cemas apabila bukan saja terkejut dengan serangan histeria terhadap seorang pelajar perempuan malah menyaksikan cubaan membunuh diri oleh pelajar itu.


Selain gempar dengan tindakan pelajar tingkatan tiga pada pukul 8.30 pagi itu, lebih 1,000 pelajar termasuk kakitangan sekolah itu juga merasa seram menyaksikan bagaimana pelajar itu menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter itu.

Lebih cemas apabila mangsa kemudian dapat melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit.

Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.

5 comments

Anonymous
January 25, 2011 at 7:01 AM

temerloh?mati laa kalau merebak ke kuantan! ee.kin takut!

-liling

January 25, 2011 at 8:30 AM

OMG... Histeria sampai hisap darah??... Ermm.... Sumthink wrong ni,....

January 25, 2011 at 9:24 AM

hah ?
bia betul ..
first time dgar .

January 25, 2011 at 5:31 PM

@Anonymous hahah habislah kalau merebak..heheh

@LennMommaChubby ni keturunan pontianak harum sunda bolong kali..

@nelly Kes histeria mmg selalu dgr, tp kes hisap2 darah tu yang 1st time..

January 25, 2011 at 5:52 PM

uishhh knapa tu ? sandi jua . siap jilat lg tu darah . eeewwww :P

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...