LOS ANGELES: Sepucuk pistol dalam beg sandang seorang pelajar tertembak tiba-tiba apabila beg itu terjatuh, hingga mencederakan dua pelajar lain di sebuah sekolah tinggi di sini, kata polis dan pihak berkuasa sekolah.
Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera di kepala dan kini kritikal, sementara seorang pelajar lelaki, juga 15 tahun, cedera di tengkuk, kata Pemangku Ketua Polis, Encik Patrick Gannon.
Pelajar yang membawa pistol itu hanya meminta maaf sebelum berlari masuk ke bilik darjahnya, kata Encik Gannon.
'Dia berkata 'Saya meminta maaf,', seolah-olah kejadian itu hanya satu kemalangan,' kata beliau.
Kejadian itu berlaku di sebuah bilik darjah di Sekolah Tinggi Gardena pada waktu rehat.
Para pegawai membawa belia itu ke balai polis. Sekolah yang terletak 25 kilometer ke selatan pusat bandar itu pula dikawal ketat.
Seorang ibu yang berada di luar sekolah itu, Cik Nelda Robledo, berkata anak perempuannya berusia 16 tahun menyampaikan pesanan ringkas kepadanya, mengatakan pelajar-pelajar diarah bersembunyi atau membaringkan diri, sejurus selepas kejadian itu.
Polis pada awalnya melaporkan tiga orang ditembak dan si penembak masih berleluasa.
Seperti kebanyakan sekolah daerah, Sekolah Tinggi Gardena memeriksa pelajar di pintu masuk menggunakan tongkat keselamatan. Bagaimana pelajar terlibat dapat masuk dengan pistol di dalam begnya belum dapat dipastikan, kata jurucakap sekolah, Cik Gayle Pollard-Terry.
'Kami sedang menyiasat apakah pemeriksaan keselamatan dilakukan secara rambang saja atau atas setiap pelajar,' tambahnya.
Ibu bapa yang ditemui di luar tempat kejadian itu berkata anak anak mereka banyak menceritakan tentang ketegangan kaum di sekolah itu.
'Setiap hari ada pergaduhan, yang kulit hitam menentang yang kulit putih dan sebaliknya,' kata Cik Christy Westbrooks, ibu seorang pelajar perempuan.
Ibu bapa yang ketakutan menyerbu sekolah itu sejurus mendengar tentang kejadian tersebut. Mereka berjalan mundar-mandir menantikan berita tentang anak mereka. -- AP.

Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...