Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Mari lihat gambaran USD 1 trillion

Monday, January 31, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
Aku nak tanya korang la kan, pernah tak korang jumpa atau pun tengok duit 1 trillion USD. Kali ni aku nak kongsikan kepada korang gambaran bagaimana rupa sebenar 1 trillion USD tu kalau betul-betul depan mata korang. Aku dah penah tengok dulu masa bertapa kat pergunungan himalaya barat, ada seekor jin offer main poker kat pesbuk dengan pertaruhan 1 trillion, tapi aku tolak sebab aku tak nak berjudi. JOM!!

Mari kita mulai dengan wang kertas 100 USD,pecahan terbesar wang kertas dollar. selembar wang USD $100. Wang dengan nilai ini korang masih boleh simpan kat dalam poket dan dompet lusuh korang tu.

USD $100

Kita lihat pula 100 lembar wang pecahan USD $100 yang bernilai USD $10.000,tebalnya kurang dari 1,27 cm (1/2 inci). Kali ni korang tak boleh simpan kat dompet, korang kena cari alternatif lain untuk bawa duit banyak macam ni. Biasanya orang simpan duit banyak ni kat dalam baju. Hahah ada ka?

USD $10,000

Seterusnya, bagaimana pula dengan wang sejuta? Wang sebanyak 1 Juta Dollar yang terdiri dari 100 lembar wang USD $100 sebanyak 100 ikatan seperti gambar di bawah ini. Jumlah keseluruhan wang tersebut sekitar 10 kg (sama berat dengan beras sekampit). Korang boleh bayangkan tak, jumpa duit macam tu punya banyak. hahaha

USD $1,000,000

Jika nilainya bertambah menjadi sebanyak 100 Juta Dollar dengan lembaran dollar yang sama, maka beratnya akan menjadi sekitar 1 tan. Untuk membawanya memerlukan bantuan 'Forklift'. Ada tak sesiapa yang nak bawa duit banyak ni untuk pegi shopping??

USD $100,000,000

Kemudian kita lihat pula wang sebanyak 1 Billion Dollar. Nilai besar macam ni sememangnya memerlukan ruang yang cukup besar dan kawalan keselamatan yang tinggi. Aku dulu penah ada duit banyak macam ni, lepas tu aku lupa kat mana aku tanam sampai sekarang aku miskin huhuhuh

USD $1,000,000,000

Dan akhirnya bagaimana pula dengan wang sebanyak 1 Trillion Dollar,yang angka '0' sebanyak 12.Mari kita tengok gambar dibawah ini,begitulah rupa wang sebanyak 1 Trillion Dollar. Eh, ada sesiapa nampak kat mana lelaki berbaju merah tadi? hahaha tu dia dah nampak, nasib baik ada google maps, nampak tak kat penjuru sudut kiri kat bawah tu?

USD $1,000,000,000,000



4 comments

February 1, 2011 at 7:55 PM

ui, manyak owh... duit mu ka tu?? share2 ba... mo bli bangunan ni... hahahaha

February 1, 2011 at 8:00 PM

@anne-nurain aku pun harap aku ada duit byk tu..boleh la aku bagi makan kat sedara kita yang sedang kekurangan makanan..

February 1, 2011 at 9:25 PM

yup, btul tu... klu la ada duit byk gtu, dgn snang hati aku p mnderma, spen org mkn.. tggu la byk rzeki nnt.. :)

February 1, 2011 at 9:37 PM

@anne-nurain heheheh rezeki tuhan kena lah bagi2 kan??

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...