Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

RM74,000 bertaburan di atas jalan raya

Wednesday, January 19, 2011 7 ,000,000 terlepas cakap
REMBAU: Sebahagian daripada RM74,000 wang syiling bertaburan di tengah lebuh raya selepas sebuah pacuan empat roda yang mengisi wang itu dalam sebuah tong besar terbalik di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, sebuah Toyota Hilux dipercayai milik syarikat mengedarkan wang syiling kepada premis perniagaan di Melaka, terbabas sebelum terbalik ke tepi jalan akibat dirempuh sebuah kenderaan lain.

Berikutan itu, sebahagian syiling didakwa mencecah RM74,000 disimpan dalam sebuah tong besar, bertaburan di sekitar kawasan berkenaan, sebelum disedari pengguna jalan raya yang kemudian berhenti mengutip wang itu.

Mereka kebanyakannya penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengutip syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen itu dengan memasukkannya ke dalam topi keledar, plastik serta beg yang dibawa.


Keadaan itu menyebabkan polis dan petugas PLUS menutup laluan itu selama lebih 10 minit bagi mengelak mereka dilanggar kenderaan lain, sekali gus menyebabkan kesesakan serius.


7 comments

January 19, 2011 at 6:51 AM

astagaaa
ni bru la duit jtuh dr langit
hahaha
duit kertas teda ka????

January 19, 2011 at 6:54 AM

@~NieZa~ duit kertas teda la..kalau ada..mmesti sudah kena tiup angin hahahah

January 19, 2011 at 7:27 AM

Huiyooooo....punya banyak tu! xD

January 19, 2011 at 8:44 AM

Oh~ xsia2 jg dorg nyanyi "Tuhan kirimkan la aku..duit jatuh dari langiiittt..."~~

January 19, 2011 at 7:40 PM

@Del Glamiva yup cukup untuk buat kawen tu taw..

@Finie Ramos lagu siapakah itu finie??

January 19, 2011 at 8:24 PM

ini memang rare!!

January 20, 2011 at 7:47 AM

lagu dewa..."tuhan kirim kan lah aku..kekasih yg baik hati"...wat pa mnta kirim kekasih yg baik hati..kirim duet la..hihihih

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...