Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

The World bakal ditelan laut

Saturday, January 22, 2011 9 ,000,000 terlepas cakap
DUBAI: Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia - dikenali sebagai projek mewah The World - kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.


Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.

Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.

Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.


Peguam Britain yang mewakili syarikat Penguin Marine, Richard Wilmot-Smith, berkata pasir yang dijadikan pulau itu semakin terhakis, manakala terusan di antaranya semakin berkeladak.

“Pulau itu mendap perlahan-lahan akibat hakisan,” katanya di depan hakim.

Penguin Marine mengemukakan saman ke atas konglomerat milik kerajaan Dubai, Nakheel, terpaksa diselamatkan akibat bebanan hutang melampau - dianggarkan bernilai RM76.5 bilion pada akhir 2009.


Ekoran penstrukturan semula syarikat itu, sebuah tribunal ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan dengannya.

Sebelum masalah kewangan muncul, hanya satu daripada pulau buatan manusia itu belum lagi dibangunkan dengan sebarang projek.

Bagaimanapun, ketika ini kebanyakan projek pembangunan terbengkalai akibat krisis kewangan.

Kebanyakan pelabur yang membeli pulau itu akhirnya enggan atau tidak mampu meneruskan pembangunan apabila harga hartanah Dubai menjunam ekoran masalah berkenaan.

Seorang daripada pemiliknya, John O’Dolan, membunuh diri kerana kerugian, manakala seorang lagi dipenjara tujuh tahun kerana mengeluarkan cek tendang. -

9 comments

January 22, 2011 at 7:30 AM

sangat menarik!

January 22, 2011 at 9:53 AM

ish.ish.ish..agak bikin takut..uhuk~

January 22, 2011 at 11:03 AM

@FarhaNezam Yup..pak Arab tu tamak sgt mengejar pembangunan dan kekayaan..ni lah akibatnya..


@anac3kz mmg..silap2 bankrap ni dorang..

January 22, 2011 at 11:42 PM

salam blogwalk....

biar ditelan laut macam Firaun

January 23, 2011 at 8:06 AM

@Ina hahahah...betol2..nak sgt kejar kemewahan dunia kan..

January 24, 2011 at 9:45 AM

tu la..betabiat jg buat cmtu~da tau skg ni ada global warming~

January 24, 2011 at 1:20 PM

@Finie Ramos ahahah yg paling sengal tu yang patung dorang mau buat tu..macam patung hapa jak..budus

January 24, 2011 at 2:00 PM

ha?patung?patung apa??

January 24, 2011 at 2:15 PM

@Finie Ramos ada tu patung tinggi tu..dalam perancangan jg masih..harap2 tidak lah..macam patung berhala jak taw..aku lupa nama dia tu..tp mmg ada..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...