SHANGHAI 19 Jan. – Stesen bas dan kereta api di seluruh China sesak hari ini ekoran berjuta-juta orang mula pulang ke kampung menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Menurut Kementerian Pengangkatan, jumlah penumpang kereta api, kapal terbang, bot dan bas dijangka mencecah 2.6 bilion orang untuk tempoh sebelum, semasa dan selepas cuti Tahun Baru China kali ini, meningkat 11.6 peratus berbanding tahun lalu.
Di Shanghai, pekerja-pekerja yang berpakaian kotor dengan menyandang beg besar menuju ke stesen kereta api utama bandar ini ketika salji turun dengan perlahan.
“Saya terpaksa mengambil masa sehingga tiga hari untuk mendapatkan tiket dan merasa amat bertuah kerana dapat meninggalkan Shanghai lebih awal.
“Saya terpaksa bangun seawal pukul empat pagi, semata-mata untuk berbaris mendapatkan tiket sebelum kaunter jualan di buka. Tahun lalu saya terpaksa mengambil masa selama lima hari untuk mendapatkan tiket,” kata Zhang Guoxing, 29, seorang pekerja buruh binaan sebelum berlepas ke Hunan.
Walaupun, cuti selama seminggu ini yang turut dikenali sebagai Festival Musim Bunga bermula 3 Februari, permintaan tiket sangat tinggi kerana ramai yang pulang seminggu lebih awal.
Festival musim pulang ke kampung ini dijangka berakhir pada 27 Februari ini.
Kebanyakan penumpang adalah pekerja yang berhijrah ke bandar yang mahu pulang ke kampung melihat keluarga dan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. – AFP

Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...