Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Awek lawa macam ni rupanya perisik

Monday, January 3, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
MOSCOW: Meskipun identitinya sebagai perisik didedahkan kepada umum dan diusir dari Amerika Syarikat, Anna Chapman menamatkan tahun ini dengan gemilang apabila dinamakan sebagai Tokoh Wanita Russia 2010.
Chapman, 28, meraih gelaran itu apabila muncul dalam program This Is Your Life di stesen televisyen kerajaan, Channel One.

“Saya mahir menembak. Saya sukakannya dan suka ke padang tembak untuk berlatih,” kata Chapman yang diberi anak singa sebagai hadiah.


“Tidak dapat dinafikan lagi, dia adalah tokoh wanita tahun ini (2010),” kata Andrei Malakhov, hos program Let Them Speak.

Chapman tidak mendedahkan sebarang rahsia ketika berada di London untuk misi intipan.

“Saya tidak akan sahkan sama ada saya pernah bekerja sebagai perisik di Amerika Syarikat ,” katanya kepada 70 juta penonton.
Stesen televisyen kerajaan itu memperuntukkan satu program khas untuk mengucapkan tahniah kepada Chapman yang pernah berkahwin dengan lelaki Britain sebelum diusir Amerika apabila identitinya dibongkar Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Wanita berambut merah itu berkata, sudah menjadi impiannya untuk memiliki haiwan itu dan menamakannya Nano.

Dia menyanyi lagu kebangsaan dengan Perdana Menteri, Vladimir Putin selepas dihalau ke Moscow dalam satu pertukaran perisik, Julai 2010.

Apapun, saudara, sahabat dan guru turut menyambutnya pulang manakala bekas teman lelakinya mengulas mengenai kucupannya dengan cerita kehidupannya didedahkan.

Mereka menyuarakan kata-kata pujian kepada Chapman dalam satu lagi program Let Them Speak.

Chapman memberitahu, dia masih memulakan setiap pagi dengan melakukan senaman.
“Saya tidak dapat berfungsi seperti biasa jika tidak lakukan senaman. Ia penting bagi saya,” katanya lagi.

Seorang rakan juga mendedahkan bagaimana Chapman merancang untuk berkahwin dengan seorang lelaki Britain ketika masih di bangku sekolah lagi.

Ketika kunjungan pertamanya ke Britain pada usia 19 tahun, Anna bertemu dengan Alex Chapman yang dikahwininya selepas itu di Moscow.

Chapman juga mendedahkan akan muncul dalam program televisyen sendiri tahun ini dan rakaman gambar dengan majalah Maxim, November depan. – Agensi

dikisahkan di: bharianonline

tak sangka betul awek lawa macam ni rupanya perosak prisik

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...