Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Entry suka suki aku yang petama tahun 2011 masihi

Sunday, January 2, 2011 6 ,000,000 terlepas cakap
Salam tahun bru sekalian umat margastua..hehehe
Apa khabar semua? Kelmarin aku tak dapat update BLOG aku yang tidak selaku blog girlfren KFCM kita tu, hehe tp tak pa aku ttp kool.

Ok perjalanan pulang ke hostel kelmarin berjalan dengan baik dan selamat. Syukur Alhamdulillah. Sampai hostel terus saja ku masuk hostel bersama roomate secara HARAM hahaha. Sebabnya tak dapat nak daftar masuk lagi. Jadi aku secara haram mengopak pintu bilik ini dengan jayanya dengan dibantu oleh sebatang sudu.

setelah itu, aku buka laptop terus donlod apa-apa movie atau anime yang aku tangguhkan mendonlod dulu. BLOG? heheh tak da idea nak update, jadi aku ambik mood dulu. Lepas tu aku dengan teman sebilik terus saja hambik gayung, baldi dan penyapu untuk membersihkan bilik yang agak berhabuk dan sedikit kotor yuks..

Lepas dah bersih, Kaunter daftar masuk pla dah buka. Aku turun daftar masuk. Mak aih banyak juga kena bayar ni. Setiap peralatan elektrik dikenakan caj bayaran sebanyak RM5. Nasib baik aku cuma ada lappy dan printer sebijik. Kesian kat roomate yang kena bayar lebih. Lepas tu kena bayar lagi yuran asrama RM20. Itu aku belum hitung dengan potongan bulanan RM60 daripada elaun untuk asrama. Pakcik Kayo beb!!

Petang aku turun bandar naik motor yang kurindui selalu selama cuti. Beli barang-barang yang patut. Dan apa yang pasti, kenaikan barang yang baru-baru ini diumumkan sememangnya dapat kurasai kelmarin. FUH~~Kesian mak bapak yang kena beli barang-barang untuk anak-anak ke sekolah. Pernah sekali, 2-3 hari yang lepas aku masuk kedai buku. Ternampaklah seraut wajah seorang ibu yang sedang berkerut dahinya. Kenapa? Tapi aku boleh agak mungkin beliau sedang berkira-kira bajet untuk anak-anak ke sekolah. Kesian kan? Dulu mak aku pun risau macam tu juga. permintaan aku harap sekolah tidaklah mengenakan yuran sekolah yang melampau-lampau. Beli buku itu, ini tapi satu hapa pun tak di guna. RUGI lah. Kerajaan pun jangan suka suki naikkan harga baranng. Mungkin golongan atasan tidak merasa sakitnya tapi bagaimana rakyat biasa dan sederhana? Dah tu peniaga makanan tak boleh nak naikkan harga makanan mana mereka nak untung kalau harga pun naik. CAIT merepek lagi aku..

Apa pun harap semua berjalan lancar pada tahun ini. Heheh azam? aku tak da azam apa-apa pun. Sebab aku tak nak terikat dengan azam ke hapa ke. Aku nak jadi seperti aku sekang ni. Korang pun teruskan kesetiaan kepada aku yer. Jangan lupa hantar artikel korang untuk aku siarkan di blog aku heheh

6 comments

January 2, 2011 at 3:36 PM

KFCM tu bah,apa ka?KFC ka?hehehe..

January 2, 2011 at 5:37 PM

@dyg hahaha KFCM tu Khairul Fahmi Che Mat, ala penjaga gol Malaysia tu bah..adei..

January 2, 2011 at 5:37 PM

lucu a..siap kopak pintu guna sudu..bley ke?sy pernah guna pembaris je...tu pun patah ..hehehe

January 2, 2011 at 5:44 PM

@sitinorafatien hahaha tak da yg mustahil..ehehe aku dulu guna pembaris pun penah jg tp mcm ko jg..patah..hahah besa kami guna pisau jak..

January 2, 2011 at 6:37 PM

ow...terer a..pas ni bley a nk berguru

January 2, 2011 at 6:48 PM

@sitinorafatien nak berguru bukakopak pintu ke?? hahaha lawak lah..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...