Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Irwansyah si pencinta wanita telah berkahwin

Monday, January 17, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
PENYANYI popular Indonesia, Irwansyah, 25, (gambar) telah bernikah dengan Zaskia Sungkar, 21, di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta Selatan, Sabtu.

Zaskia yang memakai kebaya putih menerima mas kawin daripada Irwansyah sebanyak Rp 15,001.011 dan menandatangani surat nikah.


"Kami bersyukur kepada Tuhan kerana semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi saya berasa gementar sedikit semasa upacara akad nikah tadi kerana bimbang salah sebut," kata Irwansyah selepas sah bergelar suami Zaskia, menurut detikhot.com.

Tidak seperti pasangan lain, mereka memilih lagu yang dinyanyikan bersama-sama sebagai hadiah perkahwinan. Lagu tersebut akan dilancarkan selepas majlis resepsi mereka pada Mac tahun ini.


Pasangan itu dijangka akan mengerjakan umrah ke Mekah sekaligus memilihnya sebagai destinasi bulan madu dan tidak menolak untuk mempunyai anak dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Irwansyah pernah bercinta dengan penyanyi Acha Septriasa namun hubungan itu gagal.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...