Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25 : Ana Raffali juara

Monday, January 10, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
Nampaknye ramai yang tak berpuas hati dan juga kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan lebih-lebih lagi ramai yang jadi si sotong paul iaitu menjadi tukang ramal tidak rasmi.


Ada yang kata 99% milik Faizal Tahir. Kuang..kuang..kuangggg aku gelak jer si sotong paul untuk AJL buat ramalam sebelum AJL semalam. Ape pun, aku sendiri pun macam tak percaya kemenangan ini boleh jadi milik Ana Raffali,kurang-kurang pun bagi la chance sama Bunkface atau bakal menantu VVVVIP tu kan, dah berhabis aka all out dah tu. Tup tup, keputusan pemenang memang yang tak disangka.

Ana Raffali tiga dari kiri - wajah-wajah pemenang AJL-25

Namun, apa yang berlaku semalam

Malam gilang-gemilang Anugerah Juara Lagu 25 membuka tirai dengan persembahan daripada finalis-finalis anugerah juara terdahulu iaitu Francisca Peter, Nash dan juga M.Nasir yang mengembalikan nostalgia peminat-peminat muzik tempatan terhadap kegemilangan mereka di pentas Anugerah Juara Lagu.Sememangnya telatah pengacara-pengacara AJL 25 iaitu Ally Iskandar, Cheryll Samad dan Faizal Ismail memang menghiburkan.Tak kering gusi dibuatnya



Persembahan artis-artis memang menarik dan penuh dengan kejutan yang tak disangka-sangka oleh penonton.Hafiz dengan persembahan silap mata, Angkatan Pemuda Indie (API) dengan adegan perang, Ana Raffali dengan sangkar serta kemunculan pelakon-pelakon terkenal macam Datuk Aziz Satar dan Nurkhiriah dalam persembahan lagu Selamat Malam dari Faizal Tahir.Selain itu, malam final Anugerah Juara Lagu 25 turut dihangatkan lagi dengan persembahan artis-artis popular seperti Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza



Senarai Pemenang AJL 25

Juara AJL 25
Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)

Naib Juara AJL 25
Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)

Tempat Ketiga AJL 25
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)

Persembahan Terbaik AJL 25
Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)

Vokal Terbaik AJL 25
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)




KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafali berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Menerusi kemenangan itu juga, lagu ciptaan dan lirik oleh Ana sendiri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi. Tempat kedua pula dimenangi lagu Drama King dendangan Black dan Meet Uncle Hussain yang berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Kalam. Lagu dendangan Hafiz itu memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi. Lagu sama membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi. Sementara itu, Faizal Tahir menang kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Hanyut dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Antara lagu lain yang bertanding pada AJL25 kali ini ialah Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir, Black (Sofea Jane), A.P.I (Pelita), Yuna (Cinta Sempurna), Hujan (Mencari Konklusi), Bunkface (Extravaganza), Tomok (Berlari), Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan), Adira (Ku Ada Kamu), Stacy (Jahat).

Barisan juri profesional untuk AJL25 daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, M Nasir sebagai Ketua Juri; Habsah Hassan; Hasridz Murshim Hashim (Acis); Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer); Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search); Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) dan Andy Flop Poppy.

Acara gilang-gemilang ini sekali lagi menggandingkan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar untuk memeriahkan suasana.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Francesca Peters menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran, Nash (Pada Syurga Di Wajahmu), M Nasir (Tanya Sama Hud Hud) dan interlude istimewa membabitkan Datuk Sharifah Aini yang mendendangkan lagu pop, Ziana Zain (balada) dan Datuk Siti Nurhaliza (Etnik Kreatif).

AJL25 yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ahmad Izham Omar


kredit gambar kepada : utusan malaysia, hizwan.com dan ohbulan
dikisahkan sebahagian di : hizwan, oh bulan mymetro

2 comments

January 10, 2011 at 6:08 AM

aku rasa aku jala yg puas ati ana rafali menang semalam HAHA..

January 10, 2011 at 6:37 AM

@FarhaNezam hahaha lagi sekali ko mengatakan sesuatu yang pelik...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...