Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kita bakal kehilangan Datuk Misbun

Wednesday, January 5, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
KUALA LUMPUR: “Kita jangan terlalu bergantung pada seseorang.” Jika jawapan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh ini ditafsirkan, badan induk itu seolah-oleh sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Misbun Sidek.

Mohd Nadzmi yang pulang dari London semalam, turut mempertahankan tindakan perubahan dan pembaharuan dilakukan dalam struktur kejurulatihan dan latihan yang dikatakan menjadi antara faktor Misbun meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.

“Kita perlu melakukan perubahan dan pembaharuan dengan fokus utama melahirkan lebih ramai juara dunia. Jika dulu kita tidak mempunyai sistem dan matlamat dengan jurulatih tidak dipantau dan diletakkan sasaran, tetapi hari ini kita mempunyai KPI (petunjuk prestasi utama).

“Lagipun, saya tidak terima aduan daripada jurulatih, termasuk Misbun mengenai ketidakpuasan hati berhubung perubahan dan pembaharuan itu,” katanya.

Nadzmi juga menegaskan dia yakin tidak ada pegawai BAM yang menjadi punca Misbun meletak jawatan kerana semuanya tidak mempunyai kepentingan, sebaliknya hanya mempunyai minat yang tinggi sebagai sukarelawan untuk memajukan badminton.

Begitupun, Mohd Nadzmi berkata, beliau akan bertemu semua pihak hari ini, termasuk Misbun dan pegawai BAM.

“Kita tengok sekiranya majoriti bersetuju terima peletakan jawatannya, kita akan terima. Jika kita pujuk, tapi dia tidak sepenuh hati untuk kembali, tak guna juga,”


aku kata : aku sudah boleh lihat badminton negara bakal jatuh..

dikisahkan di : Bharian online

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...