Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Misteri potret awek Mona Lisa sudah terbongkar

Tuesday, January 11, 2011 7 ,000,000 terlepas cakap
ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.


Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.

"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.

Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.

Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.

"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya. - Agensi

dikisahkan di :kosmo

7 comments

January 11, 2011 at 6:48 AM

oic....well if that the case then

January 11, 2011 at 8:54 AM

ohh..pnh sy tbaca satu article plak ckp Monalisa ni isteri kpd pedagang italy..mmmm...

tp apa sbnrnya yg dorg mau siasat psl lukisan ni?siapa Monalisa ni??mm..mgkin macik sblah rumah dia ka..sepupu sblah nenek tiri dia ka..mna kita tau..hiihihihi

January 11, 2011 at 5:04 PM

@Finie Ramos ahahah ni barulah..keluarga rupanya tu c mona sama tu davinci

@MaD_FoReVeR heheheh c rumate..

January 11, 2011 at 7:26 PM

walau siapa pun dia, dia nda secantik Lisa Surihani dan Ana Raffali.

January 11, 2011 at 7:33 PM

walau siapa pun dia, dia nda secantik Lisa Surihani dan Ana Raffali.

January 11, 2011 at 7:35 PM

walau siapa pun dia, dia nda secantik Lisa Surihani dan Ana Raffali.

January 2, 2012 at 2:43 AM

mana de cantik senyumannya tu , cantik lg senyuman siti norhaliza :D

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...