Dikisahkan ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting memulakan tugasnya, mereka pun berbual dan bercakap mengenai banyak perkara. Tetapi apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting itu berkata, "Saya tidak percaya Allah itu wujud." Lelaki tadi kehairanan lalu bertanya "Kenapa kamu berkata begitu?" Tanya si lelaki tadi.
Tukang gunting itu pun menjawab, "Cuba kamu keluar ditengah jalan itu dan tunjukkan kepada saya bahawa Allah itu wujud. Jika benar Allah itu wujud, kenapa ramai orang diluar sana sakit? Kenapa masih ramai kanak-kanak yang terbiar? Kalau benar Allah itu wujud, sudah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup di dalam dunia ini. Saya tidak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku."
Lelaki itu pun berfikir sejenak. Tetapi dia tidak dapat memberi sebarang jawapan yang terbaik kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu selesai menggunting, Lelaki tadi pun beredar. Setelah berjalan beberapa langkah, lelaki tersebut terpandang kepada seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggutnya tidak terurus. Lelaki tersebut kemudian berpatah balik dan masuk semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, "Adakah kamu tahu sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud?"
Tukang gunting dengan nada kehairanan bertanya "Mengapa kamu berkata begitu? Sedangkan saya baru sahaja menggunting rambut kamu sebentar tadi."
"Tidak!", kata lelaki tersebut. "Jika tukang gunting wujud, sudah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus dan kotor serta mempunyai janggut yang panjang dan kotor seperti lelaki ditepi jalan itu.", Jawab lelaki itu sambil menunjukkan jari ke arah lelaki yang berambut panjang ditepi jalan berhadapan dengan kedai gunting tersebut.
Tukang gunting tersebut pun terus berkata, "Ah! mana mungkin, tukang gunting sememangnya wujud!, Lelaki tesebut menjadi begitu kerana dia tidak datang kepada saya untuk menggunting rambutnya!."
"Tepat sekali kata kamu!", Kata lelaki tadi. "Itulah dia! Allah sememangnya wujud, keperitan dan penderitaan terjadi disebabkan manusia tidak mengingatiNya dan kembali kepadaNya untuk memohon pertolongan."
Marilah kita sama-sama renungkan bersama...
dikisahkan di: budakbotak

3 comments
Salam..
Entri yg menarik..
Aku suka nie!! hehe =)
Manusia hanya akan ingat Allah bila ditimpa susah..
Sdgkan waktu sng, ramai yg lalai utk mengingatinya..
Kesusahan dan penderitaan itu semua adalah tarbiyah dan peringatan agar kita sentiasa kembali kepadaNya..
Luahan dari Insan yang lemah.. Aku Anak Mak
@Askbetol2..kita slalu lupa dari mana kita datang dan ke mana kita nak pulang...
nice ^^,
sjujurnya sy mulai trtarik dgn blog ini..
kekeke
mau right klik td bka new tab c budakbotak
tp risau blog ni mletup..
tpksa la tngglkn blog encik vid dn trus prgi
ke blog budakbotak..hehehe
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...