Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Maut selepas ambil keputusan PMR

Thursday, December 23, 2010 3 ,000,000 terlepas cakap
KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang pelajar yang dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mengambil keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dihempap lori pasir di lampu isyarat Kok Lanas dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, lori tersebut turut menghempap tiga buah kereta. Bagaimanapun, penumpang serta pemandu tiga kenderaan terbabit terselamat.

Siti Aisyah Zakaria, 15, dan ibunya, Aziza Musa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dihempap lori tersebut yang keluar dari simpang arah Selising ke Machang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman berkata, kejadian berlaku ketika Aziza menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Maahad Shamsul Maarif (P) yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya selepas mengambil keputusan PMR yang diumumkan hari ini.

Allahyarham Siti Aisyah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR. – Utusan

aku kata : kasihankan, belum pun sempat nak raikan bersama keluarga yang lain..Tuhan lebih sayang mereka..

dikisahkan di :utusan

3 comments

December 24, 2010 at 8:53 AM

Takziah~ Tp xp la, mati d sisi ibu tercinta da kira cukup dpd mati katak mcm mat rempit~

December 24, 2010 at 9:05 AM

ksiannnye dh la result pn oke . ade chance nk amik aliran sains .

December 24, 2010 at 10:45 PM

@Finie Ramosbetul-betul...sedih aku baca cerita ni

@Nana Liyanaya..tapi Allah lebih sayangkan mereka..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...