Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Hidup mereka seperti semut di musim sejuk

Thursday, December 23, 2010 2 ,000,000 terlepas cakap
Korang tau tak apa itu Ulan Bator? Tak taw? taw? ok Ulan Bator adalah ibu negara Mongolia, negara asal Altantuya. Ala kalau kita di Malaysia KL kan? Kalau Indonesia Jakarta pula (promosi Perlawanan akhir piala AFF suzuki hehe). Tapi aku bukan nak promosi negara Mongolia ni atau mengimbas kes Altantuya, tapi aku nak kongsikan kehidupan rakyatnya yang tidak memiliki rumah atau tempat berlindung. Korang pun sedia maklum sekarang ni musim sejuk, tengo berita beberapa hari ni, eropah dilitupi dengan salji tebal-tebal. Mongolia tidak terkecuali yang kesejukannya boleh-boleh mencecah -25 darjah celsius. perghhhhhh sejuk tu.

Oleh yang demikian bagi mereka yang tidak memiliki tempat tinggal atau rumah (homeless), musim sejuk adalah musim yang paling sukar buat mereka. Mengapa? Mereka perlu mencari tempat perlindungan yang paling selamat dari kesejukan. Tiada pilihan lain, mereka akan memilih terowong yang mana biasanya menempatkan paip-paip pemanas ke rumah-rumah. Seperti semut pulang ke sarang, mereka akan merangkak masuk ke dalam terowong-terowong. Semestinya mereka ingin lari dari kesejukan dan mereka tidak mahu memberikan pandangan yang menyakitkan. Biasanya mereka akan membuka terowong yang tidak akan menghalang kenderaan untuk melalui jalan tersebut. JOM kita tengok gambar-gambar dorang.


melihat masa depan mereka



mereka minum apa yang masyarakat buang untuk mereka



cinta itu hidup sesama mereka



seperti semut, itulah kehidupan mereka



siang mereka akan mencari makan malam mereka berehat.



si kecil yang sudah mengenal erti kehidupan bawah tanah mereka



mereka tidur di bawah cahaya bulan..



sedihnya..



tak pasti air apa yang dorang guna ni



Korang masih tak nak bersyukur dengan apa yang ada di negara kita?


Aku tak faham, Mengapa masih ada lagi rakyat yang tak tau nak dek untung, suka dengan pertikaian dan pertikaman lidah dengan benda-benda yang remeh temeh. Dah tu suka pula mencarut dengan ayat yang ntah apa-apa ntah. Begok..!! Tak nak ambil iktibar negara lain..


2 comments

December 23, 2010 at 12:53 PM

HEBAT!!! ^_^ mm...kita harus bersyukur la dgn apa yg kita kecapi ini~ (wlupn Bank dunia mgiktiraf negeri sabah ni negeri termiskin di dunia tp tak la kita melarat hidup mcm ni)

December 23, 2010 at 1:01 PM

@Finie Ramosurm betul tu finie, org tak bersyukur tu yg ska komplen2 hahaha mcm aku jg lah..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...