Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Wanita yang membela 1500 anjing jalanan

Monday, December 20, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap
Ha Wenjin Nanjing china merupakan seorang pencinta haiwan dan penyelamat mereka. Mengapa? Kerana dia telah melepaskan pekerjaannya, rumahnya dan perhiasannya dan keretanya semata-mata untuk menjaga dan membela lebih daripada 1500 anjing jalanan.

Dia menggunakan dana yang dia dapatkan dari penjualan barang duniawi nya untuk mendirikan sebuah pusat penyelamatan anjing tidak rasmi.

"Pada awalnya, saya melakukan ini dalam waktu terluang saya saja, tetapi saya telah mengumpulkan lebih dan lebih lagi haiwan kesayangan ditinggalkan, saya perlu bekerja penuh atau lebih masa untuk mereka," kata Wenjin.


Dalam usahanya menjalankan pusat tersebut dengan lebih berkesan, dia telah mengupah 10 orang untuk menjaga anjing-anjing tersebut. Selain itu dia juga telah mengupah dua orang untuk melindungi 200 ekor kucing yang turut dibina berhampiran dengan pusat perlindungannya.

Namun demikian, panas tidak semestinya sampai ke petang, Pihak berkuasa tempatan telah mengambil alih tapak pusat perlindungan tersebut untuk dimajukan.

“ saya perlu mencari kawasan baru yang betul-betul jauh dari kawasan tempat tinggal manusia. Memandangkan 1500 ekor anjing tidak akan diam bila di minta untuk diam. Tempat tersebut adalah diharapkan murah memandangkan kos penyelenggaraan kami datangnya daripada derma-derma orang awam.”

Ms Wenjin akhirnya mencari lokasi baru untuk penempatan anjing tersebut, iaitu di desa Houyu, Pukou County. Namun dia sangat memerlukan bantuan kewangan dalam mendirikan pusat yang baru. Dia juga bergantung pada banyak pencinta haiwan mencintai yang melawat siang hari dan membawa beratus-ratus "roti daging babi" untuk memberi makan anjing.

p/s: maaf ayat berterabur, aku tak pandai nak translate hahahah

4 comments

December 21, 2010 at 12:59 AM

Wau...punya banyak dia bela! Cuba kalau dia di sini dan bela kucing2... ^^

December 21, 2010 at 8:53 AM

@Del Glamiva
aku pun harap ada lah jganak Malaysia yang berani buat macam ni huhuh

January 11, 2011 at 12:04 AM

mustahil d malaysia ada urang gini,haha

January 11, 2011 at 6:05 AM

@Liling aku pun rasa mcm tu liling..takkan ada yg nak bela kucing dan anjing yang terbiar..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...