Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Eii lebatnya bulu..keturunan gorila ka?

Thursday, December 30, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap
Salam Hampir ke Maghrib semua warga Alam semesta

Korang jenis yang berbulu tak? Kalau di tanya kepada aku, YA aku jenis yang berbulu sedang-sedang saja. Korang yang berbulu mesti kena cakap macam tajuk entry aku tu. Mungkin keterlaluan tapi itu lah hakikatnya bagi masyarakat yang tidak mengetahui mengapa ia berbulu. Jadi dari kisah kaki berbau aku panjang hingga kisah berbulu-bulu. Sesetengah individu yang memiliki bulu yang agak lebat mungkin akan merasa malu berhadapan dengan masyarakat, apa tah lagi jika mereka adalah perempuan a.k.a aweks@cewek. Teruskan bersama bincang-bincang hahaha JOM!!!


Cuba korang hayati dua persoalan yang sama di kemukakan oleh dua jantina yang berbeza.
SAYA berusia 26 tahun dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Masalahnya, saya mempunyai bulu roma yang lebat dan kasar di bahagian betis, ketiak dan sekitar alat kelamin. Bulu roma ini tumbuh sangat cepat, kasar dan kadang-kadang terdapat dua hingga tiga helaian bulu pada satu liang roma. Adakah keadaan ini normal? Apakah saya perlu menjalani rawatan membuang bulu roma yang lebat ini?
SAYA lelaki yang berusia 25 tahun dan mempunyai ketinggian 160 sentimeter (cm) dengan berat badan 70 kilogram (kg) dan akan berkahwin tidak lama lagi. Masalah saya sekarang ialah saya mengalami pertumbuhan bulu roma yang sangat banyak dan lebat dari kaki hingga ke pangkal paha, ini amat merunsingkan saya kerana terasa malu untuk bergaul dengan teman dan bersama dengan isteri nanti, untuk pengetahuan doktor saya kurang melakukan aktiviti sukan dan tidak ada keturunan dalam keluarga saya mengalami masalah seperti ini.



Sudah baca persoalan tersebut? sebenarnya ramai lagi dilur planet sana memiliki persoalan yang sama (aku dulu pun sama juga hehe). Cewek-cewek terutamanya akan merasa malu sekiranya memiliki bulu-bulu yang tidak diingini ditempat yang tidak sepatutnya. Iya ka cewek? Jangan merepek lagi, mari kita rungkaikan bersama-sama hehehe

Sidang dewan sekalian,

Kemunculan bulu roma bermula apabila individu itu masuk ke alam akil baligh. Bulu roma halus yang bergelar rambut 'vellus' (bukan velu yer) yang didapati di kulit lelaki dan perempuan bertukar kepada rambut yang lebih kasar, berat dan berwarna gelap di bahagian kulit yang sensitif kepada hormon testosterone. Biasanya bulu-bulu roma ini tumbuh di bahagian-bahagian yang standard sahaja seperti misai, janggut, jambang, dada, bahagian bahu dan belakang, bahagian tundun dengan mengelilingi anggota kelamin, paha dan kaki dan juga dada (yang ni seksi utk lelaki hahah). Bagi wanita pula adalah normal sekiranya mereka akan tumbuh bulu bahagian alat kelamin, bawah ketiak, dan ada kalanya sedikit di bahagian misai (tapi bulu ni yang cumil-cumil).


Istilah yang biasa di berikan kepada peristiwa keberbuluan (abaikan perkataan ini) untuk wanita ialah 'hirsutisme'. Iaitu kes-kes di mana cewek-cewek memiliki bulu yang hampir-hampir sama seperti lelaki dan bukan king kong ya hadirin sekalian, sila ambil catatan. Bagi lelaki yang memiliki bulu dibahagian kaki adalah normal dan standard hehe.

Kita teruskan pembacaan,

Faktor utama yang mengakibatkan bulu-bulu ini lebat adakalanya adalah disebabkann hormon-hormon yang dirembeskan. Hormon yang banyak mempengaruhi adalah hormon testosteron dan androgen. Bagi pria-pria rembesan dua hormon ini adalah biasa kepada mereka tapi bagi wanita pula, rembesan hormon androgen adalah masalah kepada anda. Hal ini kerana hormon tersebut seharusnya dirembeskan pada kadar yang ngam-ngam (cukup-cukup) tapi oleh kerana terlebih bajet maka akan mengakibat fenomena 'hirsutisme'. (sekiranya ada yg tersilap sila tolong aku betulkan)

Namun, jangan hampeh wanita semua, sekirany anda mengalami masalah dengan bulu yang tidak disenangi anda boleh berjumpa dengan doktor anda (jangan korang jumpa bomoh pula heheh). Sekiranya perlu doktor akan lakukan ujian tertentu seperti ujian hormon testosterone dan DHEA (testosterone dari pundi adrenal) untuk mengesan jika tahap hormon itu lebih daripada biasa. Mana tau mungkin ada masalah kesihatan yang lain. Tetapi jika didapati normal anda boleh mencukur atau mengurangkannya dengan menggunakan krim penghapus bulu roma atau krim ‘depilator’ seperti Veet atau Immac.
Halussssss..hahahahah

Untuk lelaki pula, bulu roma yang lebat menggambarkan tahap testosterone yang mantap, maka anda boleh dikatakan amat seksi. Manalah tahu bakal isteri anda mungkin seorang yang tertarik kepada bulu roma lebat! heheh..

Kalau korang nak kongsikan sebarang maklumat boleh email kepada aku yer hehehe


4 comments

December 30, 2010 at 10:38 PM

woahhh hahah ! bulu oh buluuuuu . :P lucu ehh

December 31, 2010 at 8:03 AM

wow!

December 31, 2010 at 9:10 AM

@Nana Liyana hehehe knp pla lucu, hakikat bha tu..heheh

@Budak Hati heheh knp BH?? hehehe

July 30, 2014 at 11:06 AM

Meh wazzap abg ND 0194176025 utk total solution bulu2 yg wat jiwaraga tak tenang...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...