Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Gigi Bongsu ku Sayang..ala bucuk-bucuk

Saturday, December 25, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap
Aloha guys dan gals..
Aku nak tanya korang, korang pernah tak merasa azabnya menerima gigi bongsu dalam kehidupan korang? Apa tu gigi bongsu? OK baca ni definisi elok-elok Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun. WAT aku dah tua ka untuk menerima gigi bongsu ni arghhhh.. Kali ni aku nak kabarkan kepada korang yang aku sakit gigi sebab gigi bongsu aku nak tumbuh (ceh cam budak2 pla nak sakit gigi). Tapi seyes memang saket. Sampai muka (bahagian pipi) dan leher aku bengkak. Malam tak boleh nak tido, nak buka mulut pun susah apa lagi kalau nak makan. Azab memang azab. Akak-akak dan abang-abang yang dah penah tumbuh gigi ni pasti korang taw macam mana saketnya, bukan?


Korang yang dah dewasa ni tak nak cari ker apa fungsi gigi bongsu ni nak tumbuh? Aku tak puas ati teruz jak aku tanya-tanya dengan pakcik Google dengan makcik Yahoo sebabnya dorang dah berpengalaman dalam hal-hal macam ni. Dorang jawab simpleh jer. Gigi bongsu ni sebenarnya berfungsi untuk menggantikan gigi geraham yang sebelum ini tumbuh. Kenapa gigi bongsu ni nak ganti gigi geraham (senior) pla? OK mudah, evolusi manusia yang dahulunya memakan makanan yang kurang dimasak dan keras menyebabkan gigi geraham (senior) akan rosak dan mungkin tercabut. Oleh itu, Tuhan Maha Pemurah menghantar gigi Bongsu (geraham junior) untuk menggantikan geraham senior tadi. Mudahkan penerangan aku heheh.


Persoalan utama pula sekarang ni, macam mana gigi bongsu ni nak sakit. Kalau nak tumbuh tu, tumbuh saja lah, jangan lah sakitkan tuan ko. Aduhh sakit eh!

Jawapan untuk persoalan ini pula mudah saja, Kata Pakci Google, memandangkan gigi bongsu ni adik yang paling kecik sekali tumbuh, (ala tomei-tomei, adik gigi), maka rahang biasanya tidak memiliki tempat yang mencukupi untuk gigi bongsu ini tumbuh dengan sempurna. Oleh itu, keadaan perebutan tempat berkasih sayang ini akan menyebabkan kesakitan dialami oleh tuan punya badan. Kesakitan ini biasanya akan menyebabkan bengkak di bahagian leher dan muka. Sekiranya gigi tersebut tumbuh di bahagian rahang atas makan fening-fening dan syaket kefala pula menjadi masalah.


Tiada cara lain untuk mengubati kesakitan ini selain daripada duduk diam-diam menahan sakit. OK kalau nak cabut, tiada halangan hehe. Cabutan juga merupakan cara untuk menghilangkan rasa sakit. Pembedahan kecil ini akan dimulakan dengan melakukan X-man X-Ray untuk mengenalpasti posisi gigi bongsu tersebut. Terdapat dua pilihan sebelum pembedahan kecil ini dilakukan iaitu sama ada gigi bongsu yang dicabut ataupun geraham senior tadi yang akan dicabut bagi memberi laluan kepada gigi bongsu tumbuh dengan sihat. Ingat yer, kalau nak cabut, biarlah pakar yang lakukannya walaupun pencabutan ini dikenali sebagai pembedahan kecil.


apapunn aku nak fikir-fikir dulu nak cabut ke tak. Aku nak tunggu dulu beberapa hari ni kalau masih sakit aku cabut lah..Ada hikmahnya juga gigi ni tumbuh bila umur dah dekat nak dewasa ni. Sebab kalau gigi bongsu ni tumbuh masa kita kecik-kecik terok mak bapa kita jaga kita sebab sakit sangat..Allah itu Maha Mengetahui.

4 comments

Anonymous
December 25, 2010 at 2:42 PM

aku baru jak menerima penderitaan itu,encik ib.
sangat sakit kan..huhhu..

December 25, 2010 at 5:38 PM

@freakystarhahah..tu lah mcm mau cabut jak..tp sabar dulu..tunggu dan lihat..

December 26, 2010 at 2:09 AM

adik kecik gigi ku datang awal sem lepas... masa tu hari2 sebelum g kelas aku telan 3 biji panadol.. pastu skang yg kana sakit balik... coz masih g tak kuar hbs.. mcm koyak ja gusi ku rasa.. hadoiii

December 26, 2010 at 8:53 AM

@Zulkifly Omaraku tgh kesakitan ni, hari tu dah pi spital, tp doktor tu cakap kena buat temujanji..gila jg tgh sakit2 nak temu janji ke hapa..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...