Salam sejahtera semua..
Adus..mesti ada yang tercari-cari kenapa takda kisah yang ingin dikisahkan hari ni. Maaf dan ampun sebab hari ni aku ada test JPJ tadi di tambah pula aku mengalami migrain yang tak dapat nak ditanggung dek badan. Kisah test JPJ tadi memang sengal. Ada lah seorang pegawai pempuan yang berperangai agak-agak macam hapak jak. Tak sedar diri langsung, grade bukan tinggi pun N22 jer dah nak blagak. Apa pun lupakan kisah sengal sal pegawai JPJ tu mari ikuti kisah ni.
Kisah yang ingin aku bawakan adalah sebuah kisah seorang kanak-kanak berumur 10 tahun. Wang wen, kanak-kanak biasa, berketinggian biasa (lebih kurang 1 meter jer) dan hidup seperti kanak-kanak biasa namun memiliki satu kemahiran yang cukup luar biasa. Walaupun nampak setahun jagung dan masih hingusan tapi Wang Wen telah memiliki pengalaman bekerja selama 4-5 tahun dalam bidanag mekanikal. Kenapa tak pecaya yer? teruskan bacaan anda JOM!!
Lihatlah bagaimana budak hingusan ni memperbaiki kereta tu, menguruskan tayar, membuka tayar yang kadang-kadan sukar untuk orang dewasa lakukan. Wang Wen boleh melakukan kerja-kerja berat seperti 'mengerjakan' tayar seberat 20-25KG tanpa sebarang masalah kepada tubuhnya yang kecil. Bezakan dengan budak-budak di negara kita, yang mungkin pada umur seperti Wang Wen, kanak-kanak kita sedang main, pondok-pondok, masak-masak, kawen-kawen..hahaha
Bercerita pula tentang zaman persekolahannya. Wang Wen tidak lagi menjejakkan kaki ke sekolah. Dia hanya menamatkan persekolahannya sampai Grade 6 saja di Bijie 16 Primary School. Kisahnya amat unik, gurunya tidak lagi membenarkannya untuk menyambung pelajaran dek kerana keputusan persekolahannya pada tahun sebelumnya tidak baik (kira terok la tu). Adakah puncanya sebab dia bekerja di bengkel milik bapa saudaranya? ini adalah jawapan bagi persoalan ini.
Betul-betul pelik lah sekolah tu. Rasanya alasan yang diberikan oleh Wang Wen adalah logik dan munasabah. Sepanjang aku belajar mata pelajaran Murid dan Alam Belajar (dalam course yang aku ambik) kedudukan murid dalam kelas mempengaruhi pencapaiannya. Kalaulah aku jadi gurunya, aku tak nak sia-siakan bakat budak ni. Oh ya untuk pengetahuan korang, dia bekerja kat bengkel pak cik dia bukan disebabkan gaji atau dia adalah keluarga yang susah tapi disebabkan oleh 'hobi'nya. Hehe..Mari kita layan lagi gambar-gambar dia tu..
Apa pun, bakat budak ni dah nampak, bakat korang sendiri macam mana? heheh

“Although my grades are not good, I am not naughty, and am disciplined/observe the rules. However, I too don’t know why, but the teacher still puts me in the last row [of the classroom]. I am short/small, and the classmates in front of me are all taller than me, so I can’t see the blackboard, can’t see the teacher, so of course my grades will become even worse.”hahaahahah
Betul-betul pelik lah sekolah tu. Rasanya alasan yang diberikan oleh Wang Wen adalah logik dan munasabah. Sepanjang aku belajar mata pelajaran Murid dan Alam Belajar (dalam course yang aku ambik) kedudukan murid dalam kelas mempengaruhi pencapaiannya. Kalaulah aku jadi gurunya, aku tak nak sia-siakan bakat budak ni. Oh ya untuk pengetahuan korang, dia bekerja kat bengkel pak cik dia bukan disebabkan gaji atau dia adalah keluarga yang susah tapi disebabkan oleh 'hobi'nya. Hehe..Mari kita layan lagi gambar-gambar dia tu..
Apa pun, bakat budak ni dah nampak, bakat korang sendiri macam mana? heheh
2 comments
giler pandai lah budak ni....:)
@Aida Zafirahyup..apprentis budak ni heheh
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...