Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kaki kau tu BUSUK..YUKS!!!!

Thursday, December 30, 2010 2 ,000,000 terlepas cakap
Salam petang sekalian mergastua..hahaha
Apa khabar kalian? Lama aku tak bawa korang cerita-cerita, sembang-sembang bha kan? Hurm bukan apa sakit gigi bongsu aku baru nak kureng sikit. Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk ajak korang sembang-sembang. Nak bawa satu topik yang kita semua sering kali lupakan tapi kalau dah terkena kat diri sendiri atau orang yang dekat dengan kita baru lah nak sibuk mulut tu kan pok pek pok pek siang malam. Topik Apa? Sudah gaharu cendana pula sudah tahu buat-buat tak nampak lagi. Tajuk tu dah cukup bagitau apa topik kita nak sembangkan petang ni. JOM!!!


Kaki secara umumnya merupakan salah satu anggota polis badan yang cukup berguna kepada kita dan memiliki 1001 tugas dan kegunaannya. INGAT ya, kaki diberi pinjam free oleh ALLAH, jadi jangan memandai mengaku kaki tu kepunyaan diri sendiri sehingga nak jadikan sebagai kaki botol pla. OK banyak kegunaan kaki ni, kalau kita malas kita boleh goyang-goyang kaki saja, kalau kita marah dengan seseorang korang boleh bagi dia rasa kaki korang tu, kalau korang tak tau nak main bola korang boleh jadikan kaki bangku..heheh takdalah korang sendiri pun tau juga apa tu kegunaan kaki.

Hadirin sekalian,
Kembali ke topik asal kita iaitu kaki BUSUK. Memandangkan kaki memiliki kepentingan dalam kehidupan seharian kita, penjagaan kaki amat penting untuk menjaga bau-bau yang tidak diingini hinggap di batang hidung orang lain. Kesannya kita akan dihujani dengan pelbagai tohmahan dan makian. Pernah tak korang berhadapan dengan isu kaki busuk? (maaf sopan sikit) kakai berbau? bagi pernah korang mesti rasakan KICK nya bau tersebut. Bagi yang belum, anda boleh cium kaki sendiri hehehe.


Apakah punca-punca kaki berbau?

Alan Kalker, Perunding podiatrist(pakar penyakit kaki) dan Klinikal dari Universiti Wisconsin-Madison Hospitals and Clinics menyatakan bahawa, tapak kaki memiliki liang perpeluhan yang sama dengan tangan bezanya tangan tidak menggunakan sarung tangan tiap masa manakala kaki pula memerlukan stokin dan kasut untuk pegi kerja. Jadi stokin dan kasut ini akan memerangkap peluh di tapak kaki. Bakteria pula sangat suka dengan peluh ni sebagai 'makanan' mereka. Kesannya kaki akan berbau akibat bakteria.
Fakta: Kaki mempunyai lebih daripada 250,000 liang peluh
Aku permudahkan disini yer,

Peluh ni pulak terhasil daripada kandungan garam dan air. Sebenarnya peluh ni tidak berbau. Apa yang menyebabkan peluh itu berbau (kurang enak) disebabkan oleh aktiviti si bakteria dan konco-konconya. Geng bakteria ni akan memakan peluh tersebut dan menghasilkan buangan yang bercampur dengan peluh asal. Sebab itu peluh jadi berbau. Biasanya lebihan yang dihasilkan geng bakteria ni akan terbebas kat persekitaran sekiranya terdedah. Oleh kerana kaki kita memakai stokin dan berkasut, bakteria berpeluangc untuk berpesta bersama rakan-rakan mereka di sana. Di tambah dengan kadar perpeluhan anda yang tinggi akan menimbulkan lagi keseronokan buat kaum mereka. Mungkin juga mereka boleh berpesta dan membuat jamuan keramaian di tapak kaki anda

Apa pula tips yang sesuai untuk mengelakkan kaki berbau asam??
Nasihat terbaik adalah elakkan benda-benda punca-punca yang boleh menggalakkan musuh kaki kita iaitu bakteria yang boleh menghasilkan bau asam di kaki. APA dia punca-punca tersebut? Ya betul perpeluhan yang tinggi dan terkumpul di stokin atau kasut. secara ringkasnya :
  1. basuh dan cuci kaki anda dengan sabun anti-bakteria
  2. pakai stokin bersih
  3. jangan pakai kasut yang sama setiap hari. jika mampu, beli 2 pasang kasut supaya korang boleh bergilir memakai kasut tersebut. Kasut yang telah dipakai perlu dibiarkan terdedah kepada udara sekurang-kurangnya 24 jam untuk membebaskan bau di kasut.
  4. Jangan lupa sering kali menggunakan bedak untuk kaki.
  5. Jemur-jemur lah di bawah matahari stokin dan kasut (ini aku selalu buat lepas dari kelas pagi sementara nak turun kelas petang)
  6. Kalau bau tersebut masih degil juga, jumpa lah pakar-pakar kaki kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa bau busuk tersebut di sebabkan oleh penyakit sistemik dan mungkin juga berkaitan dengan tiroid yang aktif. (berdasarkan pembacaan aku, abaikan kalau salah)

OK itu saja bincang-bincang kita, apa kata korang pun berikan pendapat dan tips-tips yang lain. Tak salah berkongsi petua turun temurun korang tu di sini..

Aku kata : Syukur, tak da lagi orang komplen kaki aku bau assem..hahahaha

2 comments

Anonymous
December 30, 2010 at 5:01 PM

hahahaha kaki busuk. terkenang aku dengan memori dulu d jabatan pjk

December 30, 2010 at 5:13 PM

@Anonymoussudah..jgn ko kasi igt aku tu kenangan ar..hahahah aku spray2 ko sana...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...