Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kisah tentang senggugut

Saturday, December 18, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap
Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau'dysmenorrhea'(tegigit lidah ku menyebut) merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit).Secara umumnyaa, kehadiran dibubut senggugut ini berlaku pada setiap wanita yang muda remaja dan sedang meningkat naik dan biasanya alami di pahagian pinggang dan ari-ari sebelum hadi mereka datang melawat. (simple jak kan penerangan aku) JOM!!! baca lagi

Namun hadirin sekalian,

Perlu diingat ya bapak-bapak, Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak. (cumil bha dapat baby, apa lg kembar hahahah)

Baiklah uncle-uncle sekalian alam, mari kita masuk main topik kita hari ini, iaitu bagaimanakah senggugut boleh berlaku. Kepada wanita-wanita, jangan ko taw sakit jak tapi tak tau kenapa boleh berlaku pula. Ok, Kesakitan yang dirasai oleh sumandak-sumandak ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Teruskan bacaan anda..

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi(agaknya inilah punca pompuan haid lain-lain emosinya). Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Jangan ko berhenti membaca, belum habis lagi ni..

Namun, perlu diingat senggugut ini mempengaruhi kesuburan kerana sebilangan kecil kes. Ia juga akan mengakibatkan keguguran kandungan sekiranya senggugut berterusan. Kemungkinan besar kes seperti ini dirujuk sebagai penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja. (Fuh lega..)

Belum Habis lagi..teruskan..

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi!!! jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

dikisahkan di : kosmo dan rahsiawanita.

p/s :baru ku taw sal senggugut

4 comments

December 18, 2010 at 3:45 PM

ni la baini aku suka blog mu ni~ thanx for the sharing!

December 18, 2010 at 5:31 PM

anda diterima join geng blog pink..hehe

December 18, 2010 at 5:36 PM

@.cik yaya. heheh yer ker?? hahaha aku jadi ahli group dah ker?? hahahah thanx2

@Finie Ramosthanx FR, ayat ko tu buat aku semangat utk jadi blogger tegar..hahaha

December 19, 2010 at 5:38 AM

@armourishahah betul-betul heheh

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...