korang masih ingat lagi tak dengan Filem Titanic? Ala filem yang terus meletop tu yang ada kisah cinta cintun Rose dan Jack. "You jump, I jump". ala cuba imbas sikit. Heheh, kali ni aku nak bawakan kepada anda meninjau kapal Titanic yang sebenarnya. Mari kita layanz kisah kapal Titanic yang memang terkenal dalam sejarah kapal karam.
RMS Titanic (juga SS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang super yang bertujuan untuk mengawali perniagaan perjalanan trans-Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibuat di galangan kapal Harland and Wolff. Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelayarannya. Pada saat pelayaran pertamanya. Titanic melanggar gunung ais pada pukul 23:40 (waktu kapal), Ahad, 14 April 1912, dan tenggelam sekitar dua jam empat puluh minit kemudian pada pukul 2:20 pagi hari Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih dari 1.500 orang,dan menjadikannya sebagai bencana laut terburuk dalam sejarah dan sampai kini paling mashyur. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang ramai (termasuk datuk aku) percaya bahwa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan awak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media massa mengenai korban terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang terjadi di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut diganti, dan penemuan kapal yang pecah pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic terkenal pada tahun berikutnya.

1 comment
tangga tu ba..real ni mcm dlm movie tu!
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...