Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Lelaki VS Wanita (Episod 1)

Sunday, December 26, 2010 3 ,000,000 terlepas cakap
Lelaki dan Wanita, merupakan dua golongan yang SAH mendominasi jantina di dunia, kerana hanya wujud dua jantina sahaja kat dalam dunia ni, maafkan aku golongan L dan G yer..bukan aku tak mengakui wujudnya korang tapi korang memang pada asalnya lelaki atau pun wanita. OK kedua-dua jantina ni memang sering kali bersaing siapakah yang lebih hebat.. ok tanpa buang masa mari kita layan fakta-fakta mengenai persaingan lelaki dan wanita ini hahaha..JOM


1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki berbanding daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan rata-rata berat otak lelaki 1.4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Penggantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal lelaki mempunyai palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang dan sentiasa memikirkan masalah dan perubahan sehari-hari ( contoh : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses bersalin. Lebih banyak timbunan lemak pada punggung, lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut aka BOROI.


10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. lelaki lebih suka berbicara langsung sesuai dengan tujuannya, sementara wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Ini disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik deria bau disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

14. Kemampuan deris lelaki untuk merasa rasa masam, manis dan masin lebih rendah berbanding wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak. Maksudnya lelaki lebih banyak curang.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung seks sesama jantina pada usia 45 tahun daripada lelaki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan pengerluaran berlebihan hormon androgen ( hormon lelaki ).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding lelaki.

21. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibandingkan lelaki. Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jantina saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. lelaki lebih mudah tertekan pada kelompok yang membataskan ruang geraknya.

24. Ketika berselisih dengan wanita di tempat, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memprodukkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dalam kandungan, lelaki terus mengeluarkan sperma hingga usia tua.

Kempen Tak nak yang sejenis

heheh lepas ni akan bersambung di masa akan datang, nantikan hehehe.

Jadi buat masa ni siapakah yang lebih hebat? lelaki atau wanita?


3 comments

December 26, 2010 at 2:03 AM

banyak fakta ko.. suka2...

December 26, 2010 at 6:54 AM

@Zulkifly Omarhehehe..thanx zul sbb menyokong aku huk..huk..

December 26, 2010 at 4:34 PM

Setuju banget tu....

Bdw, jantina itu apa...?

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...