Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Pemandu teksi mendapat tambang RM4,785

Saturday, December 25, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar sebanyak £1,000 (RM4,785) untuk membawa sebuah keluarga dari rumah mereka di sini menuju ke banjaran Alps, di Perancis sejauh 1,280 kilometer untuk percutian bermain ski, lapor sebuah akhbar semalam.
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia nampak di teksi ka?

Dia dibayar untuk membawa sepasang suami isteri, Peter Lelliott dan pasangannya, Rebecca Butler serta lima anak mereka selepas syarikat British Airways memberitahu bahawa penerbangan mereka terpaksa dibatalkan kerana salji tebal.

"Tiada penerbangan manakala tren rentas Eropah juga penuh dengan penumpang," kata Lelliott, 47.

Berazam untuk meneruskan percutian mereka, Lelliott menelefon syarikat teksi tempat Ransley bekerja di Southampton dan pemandu tersebut bersetuju membawa mereka ke resort Val D'Isere di Pergunungan Alps dengan teksinya.

Perjalanan melalui lebuh raya dan jalan berliku serta bersalji memakan masa 15 jam dengan Lelliott dan Ransley bergilir-gilir memandu teksi pelbagai guna (MPV) itu. - Agensi

aku kata: kalau mcm tu lah harga tambang lepas minya naik, rasanya orang dah beli kuda atau unta.
dikisahkan : kosmoonline

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...