Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Penjara 150 tahun untuk penipu skim cepat kaya

Monday, December 20, 2010 2 ,000,000 terlepas cakap
NEW YORK - Seorang janda, Barbara Picower akan memulangkan semula lebih AS$7 bilion (RM22.56 bilion) kepada mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran pelabur terkenal yang kini dipenjarakan selama 150 tahun, Bernie Madoff.

Wang yang akan dipulangkan itu adalah milik suaminya, Jeffrey Picower yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung di tepi kolam renang di rumah miliknya di pantai Palm, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 2009 semasa berumur 67 tahun.

Sebelum meninggal dunia, Jeffrey melabur dalam skim cepat kaya itu selama beberapa tahun dan memperoleh pulangan lumayan.

Namun, ekoran kematian Jeffrey, aset dan harta miliknya diwariskan kepada Barbara.

Peguam Bagi Daerah Selatan New York, Preet Bharara berkata: "Penyelesaian ini mewakili pemulangan kembali rampasan terbesar dalam sejarah AS."

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar mengenai pemulangan semula wang yang telah dilaburkan itu di sini pada Jumaat lalu.

Setakat ini, pemegang amanah yang dilantik mahkamah, Irving Picard hanya memperoleh semula wang yang telah dilaburkan Madoff sebanyak AS$1.55 bilion (RM4.85 bilion) sedangkan dia dipercayai pendakwa raya mengambil wang para pelabur sebanyak AS$65 bilion (RM203.74 bilion).

Pemulangan wang yang dilakukan janda kaya itu mungkin akan menyebabkan mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran Madoff mendapat sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah wang yang telah dilaburkan mereka.

Selama bertahun-tahun, Madoff menggunakan wang pelabur baru untuk membayar dividen kepada pelabur lama.

Namun, ekoran krisis kewangan yang menyebabkan harga saham merudum pada 2009, Madoff terpaksa membuat pengakuan bahawa skim pelaburannya adalah skim cepat kaya.

Madoff mengaku bersalah pada tahun lalu kerana mewujudkan skim cepat kaya yang paling besar di dunia menyebabkan dia dihukum 150 tahun penjara. - Agensi

Aku kata : 150 tahun?? macam mana kalau dah mati nanti? Roh dia pun kena penjara juga ka??

2 comments

January 24, 2011 at 3:15 PM

bagus ganti ja dengan sebat!!! kasi kurang penjara

January 24, 2011 at 5:43 PM

@Zulkifly Omar sebat?? bunyi mcm siok jak tu..ngamlah kasi dorang insap terus..hahah

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...