Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Orang Alim, Lelaki dan Hujan

Sunday, December 19, 2010 1 ,000,000 terlepas cakap
Syukur..
Sekarang ni tempat aku hujan, tempat kamu macam mana?? hujan juga ka? Aku suka bila hujan sebab dapat melihat titis-titis hujan yang jatuh dari Khazanah rezeki Yang Maha Esa. Masa hujan macam ni sememangnya sedap dan enak untuk kita minum-minum kopi tenom. Hahah, aku teringat la pla ada satu kisah berkenaan tentang hujan ni. JOM kita hayati kisahnya...

Ada la dalam sebuah kampung ni, tinggallah seorang alim yang mengabdikan dirinya 100% kepada Yang Maha Kuasa. Seringkali beliau kelihatan ke Masjid berdekatan dengan sepasang kakinya. Beliau sangat alim dan dihormati oleh penduduk kampung tersebut. Maka tersebutlah pula suatu hari kampung itu mengalami cuaca hujan untuk beberapa hari. Sedang dia memerhatikan titis-titis hujan yang turun di jendela rumahnya yang menghadap ke laluan pejalan kaki di hadapan rumah beliau.

Kebetulan, sedang dia memerhatikan titis hujan yang turun itu, maka kelihatan lah akan beliau seorang lelaki yang berlari-lari dengan tergesa-gesa akibat terkena dengan air hujan yang turun itu. Alim ini pun menegurlah lelaki tedi.

" Wahai saudara, kenapakah saudara berlari?" soal si Alim tadi.
" Oh! Tuan guru, saya berlari sebab saya semakin basah akibat terkena air hujan ini." jawab lelaki tadi dengan penuh konfiden.
"Oh saudara, sayang sungguh. Dengan air hujan pun kamu takut. Air hujan itu kan rahmat dari Ilahi, seeloknya saudara tidak perlulah takut untuk terkena rahmat yang jatuh ke atas tubuh kamu, wahai saudara," Sang alim ulama memberi kan pendapat beliau.

Mendengarkan teguran itu, lelaki tadi pun insaflah. Lalu dia pun memperlahankan larian dan terus berjalan kaki sahaja dengan membiarkan tubuhnya basah kuyup akibat terkena air hujan.

Alkisah maka tersebutlah kisah, selang beberapa hari kemudian lelaki tadi ternampak Tuan Guru yang pernah menegurnya dahulu. Situasi yang sama seperti hari dulu. Namun kali ini lelaki berada dijendela rumahnya memerhatikan pemandangan yang indah dan hujan turut turun membasahi bumi. Manakala Tuan Alim tadi berlari-lari dan terloncat-loncat mengelak lopak-lopak air. Lelaki tadi pun berkata dalam hatinya.

"Inilah peluang yang aku tunggu untuk mengenakan Tuan Guru. Kerana hari itu dia telah menegur aku sehingga basah kuyup."

Maka lelaki tadi pun terus bersuara untuk menyapa Alim tadi.

"
" Wahai Tuan Guru, kenapakah Tuan berlari dan terloncat-loncat?" soal lelaki tadisambil tersenyum sinis.

Tuan Guru hanya diam seketika. Maka lelaki tadi menganggap mesti Alim ini akan lebih terasa, maka di tambah lagi kata-kata lelaki itu.

"Oh Tuan Guru, sayang sungguh. Dengan air hujan pun Tuan boleh takut. Air hujan itu kan rahmat dari Ilahi, seeloknya Tuan tidak perlulah takut untuk terkena rahmat yang jatuh ke atas tubuh Tuan, wahai saudara," Si lelaki memberi kan pendapatnya.

Alim tadi tu pun bersuara setelah diam seketika tadi.

"Oh saudara, janganlah kamu menganggap sedemikian. Aku bukanlah takut dengan rahmat hujan yang jatuh ke atas tubuh ku ini, malah aku sungguh bertuah sekali kerana rahmat itu jatuh di tubuhku. Namun aku terloncat-loncat dan berlari-lari sebab aku taku aku akan tepijak dengan rahmat yang telah jatuh di atas muka bumi ini telah menjadi lopak-lopak air. Kerana terlalu takut untuk terpijak rahmat tersebut maka aku cuba sedaya upaya untuk mengelak dengan terloncat-loncat," Selesai bersuara Tuan Guru yang Alim tadi terus meninggalkan lelaki tadi.

Lelaki tadi tercengang dengan kata-kata sinis dari Tuan Guru tadi.

p/s : air masih turun dengan lebat di kampung aku..

1 comment

December 19, 2010 at 7:58 AM

gila punya tuan guru.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...