Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

KPM tak boleh halang pelajar nak kahwin

Wednesday, December 22, 2010 2 ,000,000 terlepas cakap
KUALA LUMPUR: “Tiada dasar yang boleh melarang mereka berkahwin, tapi jika dia didapati mengandung, maka dinasihatkan supaya berhenti sekolah,” ulas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai pelajar bawah umur 17 tahun yang bertunang dan berkahwin pada usia muda.

Menurutnya, jika keluarga pelajar terbabit sama ada lelaki mahupun perempuan memberi persetujuan dan restu mereka untuk berkahwin, malah turut disokong kebenaran mahkamah, tiada sebab kementerian perlu melarang apatah lagi tiada perundangan membolehkan berbuat demikian.

Katanya, beliau juga turut yakin isu berkahwin pada usia masih mentah dan berada di alam persekolahan tidak akan memberi kesan buruk kepada pelajar di seluruh negara ataupun mempengaruhi mereka, memandangkan jumlahnya tidak begitu ketara.

“Perkara ini (berkahwin muda) terpulang kepada kebenaran keluarga mahkamah dan persetujuan ibu bapa. Jika peroleh kedua-duanya kementerian tidak boleh berbuat apa-apa termasuk menghalang perkahwinan daripada berlaku.

“Cuma, kalau mengandung kita akan menasihatkan supaya berhenti daripada meneruskan pengajian di sekolah kerana bukan hanya boleh menjejaskan dia sendiri, bahkan turut memberi kesan kepada pelajar lain dan kementerian tak mahu ini terjadi.

“Mengenai sama ada kahwin pada usia mentah ini boleh mendatangkan isu lebih besar, saya tidak fikir begitu kerana sebelum ini ada kes pelajar yang berkahwin, dia bukanlah menuntut di sekolah kementerian tetapi tahfiz. Jadi tak mungkin mendatangkan isu serius,” katanya.

dikisahkan di: mymetro

aku kata: sapa yang nak kawen dengan aku?? hahahah

2 comments

December 22, 2010 at 12:36 PM

Kawin muda ni mmg bgus utk mengelakkn maksiat. sb tu la klu diikutkn dlm agama islam, gadis2 yg sudah mencapai tahap baligh perlulah dinikahkn segera utk mengelakkn fitnah.

tp ngara kita ni hanya menggalakkn perkahwinan slepas umur 18thn keatas kerana dlm tempoh 18thn kebawah tu, rata2 masih dlm alam persekolahan. klu kawin awal, xdpt la skolah n concentrate study (mcm yg dnyatakn d atas) dn ini akan merugikan kerajaan dn negara kerana kurangnya tenaga mahir yang lahir dari skolah~

hehe~

December 22, 2010 at 5:01 PM

@Finie Ramosurm..betul tu finie.. amacam kawan aku dulu pun kawen awal jg...tak dapat nak teruskan study huhuh belum lagi umur 18 dah ada anak..heheh

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...