Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Dua beradik berasmaradana dengan pasangan masing-masing

Sunday, December 26, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap
KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

dikisahkan di : mymetro

aku kata : Padan Muka lelaki tu. Adik beradik tu gila agaknya. Kesian kat mak..huhuhu

4 comments

December 26, 2010 at 8:07 AM

uiseh aku ada wat entry pasal ni.. x perasan pula td ko ada wat dah.. huhu

December 26, 2010 at 8:50 AM

@Zulkifly Omarhahaha tak pa zul..pembaca selera lain2 heheh

December 26, 2010 at 10:06 AM

Hai kesian mak bapak dia tu....kenapalaaaa diorang dua ekor tu, nda, empat2 ekor tu....at least buat maksiat tempat lain la, adaka di rumah sendiri.

December 27, 2010 at 9:05 AM

kasi kawin jak dorg pas tu buang kluarga..biar dorg hidup sndri bdikar..tlmpau **** suda kn mau belaki (huhuhuh ~ sori ayat2 tlmpau kasar)

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...